Skip to main content

Malaysia

Saarani sahkan setiausaha politik letak jawatan atas faktor kesihatan

81738916631_tbSaaraniMohamad.jpg
Saarani berkata surat peletakan jawatan diterima pada 10 Ogos dengan Mohamad Hamidi menyatakan keputusan dibuat atas faktor kesihatan. - Gambar fail
Advertisement

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan setiausaha politiknya Mohamad Hamidi Baharuddin meletakkan jawatan berkuat kuasa pada 17 Ogos.  

Saarani berkata surat peletakan jawatan diterima pada 10 Ogos dengan Mohamad Hamidi menyatakan keputusan dibuat atas faktor kesihatan dan memerlukan masa untuk rawatan.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Invest in Perak Day 2026 di sini hari ini. 

Beliau ditanya berhubung dakwaan tular di media sosial mengenai setiausaha politiknya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement