awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah akan buat rayuan jika projek pembangunan ditangguh, tidak diteruskan - Hajiji

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
18/07/2022
07:26 MYT
Sabah akan buat rayuan jika projek pembangunan ditangguh, tidak diteruskan - Hajiji
Menurutnya, Kerajaan Persekutuan ketika ini tidak memaklumkan secara rasmi kepada kerajaan negeri tentang penangguhan atau tidak meneruskan mana-mana projek pembangunan.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan membuat rayuan sekiranya Kerajaan Persekutuan menangguh atau tidak meneruskan mana-mana projek belum bermula terutama melibatkan projek pembangunan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.
Ketua Menteri Sabah berkata, ini kerana Sabah pada masa ini memerlukan peruntukan yang besar untuk membangunkan negeri terutama melibatkan pembangunan infrastruktur awam bagi memberi keselesaan kepada rakyat.
Menurutnya, Kerajaan Persekutuan ketika ini tidak memaklumkan secara rasmi kepada kerajaan negeri tentang penangguhan atau tidak meneruskan mana-mana projek pembangunan.
Ini amat penting kerana kita pun selalu nyatakan peruntukan diberikan tidak cukup, kalau tidak cukup tarik atau tangguh balik (peruntukan) ini tidak berapa sesuailah di Sabah...kita akan merayu jika sudah sampai (diberitahu secara rasmi)," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (BN-Usukan) mengenai laporan mengatakan kerajaan Persekutuan akan menangguhkan atau tidak meneruskan mana-mana projek yang belum bermula sebagai langkah penjimatan perbelanjaan awam.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata langkah itu merupakan sebuah penjimatan perbelanjaan awam bagi membolehkan dana disalurkan untuk kesejahteraan rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara.
Topic Berkaitan
#DUN Sabah
#Projek mega ditangguhkan
#Hajiji Noor
#pembangunan infrastruktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan