awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah ambil alih kuasa pengurusan buangan terjadual berkuat kuasa 2026

Bernama
Bernama
28/08/2024
21:15 MYT
Sabah ambil alih kuasa pengurusan buangan terjadual berkuat kuasa 2026
Christina berkata, perkara itu selaras dengan penurunan kuasa secara autonomi oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah dalam pelaksanaan MA63 berkaitan alam sekitar. - Gambar fail/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar akan mengambil alih kuasa pengurusan buangan terjadual daripada Jabatan Alam Sekitar Persekutuan berkuat kuasa Januari 2026.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata perkara itu selaras dengan penurunan kuasa secara autonomi oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah dalam pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkaitan alam sekitar.
"Perkara ini telah dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri Sabah pada 21 Ogos 2024 yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, beberapa tindakan telah mula dilaksanakan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar seperti membuat pindaan kepada Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 dan menggubal perundangan subsidiari berkaitan buangan terjadual.
Selain itu, jabatan itu juga menyediakan pelan pengurusan buangan terjadual di Sabah, membangunkan sistem pemantauan buangan terjadual dalam talian dan pembangunan kapasiti Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dengan sokongan penuh Jabatan Alam Sekitar Persekutuan.
Beliau berkata, penurunan kuasa secara autonomi oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah dalam pelaksanaan MA63 berkaitan alam sekitar adalah secara berfasa dan bermula dengan pengurusan buangan terjadual. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan Persekutuan
#Perjanjian Malaysia 1963
#pelancongan
#pembangunan kapasiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan