KOTA KINABALU: Sabah memberi kebenaran rentas daerah bagi operasi perkhidmatan e-hailing, teksi berdaftar dengan e-hailing, dan penghantaran makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, melibatkan daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang, berkuat kuasa Rabu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, keputusan dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri COVID-19 itu, membolehkan pergerakan rentas daerah tanpa surat kebenaran polis bagi perkhidmatan tersebut.
Beliau berkata, kebenaran tersebut diberikan bagi memenuhi keperluan masyarakat dan operasi perkhidmatan itu perlu mengikut prosedur operasi standard ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
"Masa operasi dibenarkan bermula 6.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari, dengan had kapasiti seorang penumpang (e-hailing) sahaja, kecuali tujuan perubatan atau kecemasan dengan had maksimum dua orang penumpang," katanya dalam kenyataan malam ini.
Sementara itu Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan sebanyak 193 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif wabak berkenaan 67,900 dengan tiga kes kematian dilaporkan masing-masing dua di Tawau dan satu di Sandakan.
Beliau berkata, seramai 319 pesakit COVID-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif 65,557 orang.
Katanya 1,473 pesakit sedang menerima rawatan masing-masing di hospital (451 orang), Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Awam (1,020 orang) dan dua orang di Pusat Tahanan Sementara atau penjara.
Eleanor Michelle Patrick
Tue Jun 22 2021
Masidi berkata, keputusan dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri COVID-19. - Gambar fail/ BERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.