KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan kunjungan dari rumah ke rumah sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk pengunjung perlu lengkap vaksin COVID-19.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata tempoh masa satu-satu kunjungan tidak melebihi tiga jam dan perlu diselangi dengan kerja-kerja sanitasi dalam tempoh 30 minit sebelum menerima kunjungan seterusnya.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata ketua rumah perlu memastikan penggunaan aplikasi MySejahtera atau menyediakan buku log kehadiran pengunjung, selain menyediakan alat memeriksa suhu badan dan cecair pencuci tangan.
"Ketua rumah perlu pastikan pengunjung membuat saringan kendiri, pelitup muka dipakai kecuali semasa makan minum, penjarakan fizikal satu meter dipatuhi dengan kapasiti 50 peratus rumah, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun hanya dibenarkan hadir bersama ibu bapa lengkap divaksin.
"Tidak dibenarkan mengadakan aktiviti keagamaan atau bersentuhan ketika kunjungan, ketua rumah termasuk tetamu juga perlu bertanggungjawab mematuhi SOP di rumah semasa menyambut perayaan tersebut," katanya dalam kenyataan malam ini.
Krismas bakal disambut pada 25 Dis ini dengan Sabah menetapkan cuti umum sempena sambutan itu pada 24 dan 25 Dis.
Masidi berkata kerajaan negeri juga menetapkan SOP untuk rumah ibadat bukan Islam sempena sambutan Krismas antaranya menetapkan tempoh operasi bermula pada 7 pagi dan berakhir pada 11.30 malam, selain hanya penganut lengkap menerima vaksin dibenar hadir.
Beliau berkata tempoh masa sembahyang tidak melebihi dua jam dan perlu diselangi dengan kerja-kerja sanitasi dalam tempoh 30 minit sebelum sesi sembahyang seterusnya, manakala kehadiran terhad 50 peratus kapasiti mengambil kira penjarakan fizikal 1 meter.
"Ahli Jawatankuasa Pengurusan (rumah ibadat) dan penganut yang menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan hadir, selain wajib membawa peralatan sembahyang sendiri dan upacara atau perarakan keagamaan atau aktiviti melibatkan sentuhan tidak dibenarkan.
"Ahli Jawatankuasa Pengurusan juga perlu memastikan penggunaan MySejahtera atau buku log kehadiran, dan memastikan semua memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mematuhi SOP lain ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan 237 kes COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 238,357 kes, manakala 426 pesakit sembuh menjadikan kumulatif sembuh seramai 229,833 orang, dan 804 pesakit masih menerima rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Krismas bakal disambut pada 25 Dis ini dengan Sabah menetapkan cuti umum sempena sambutan itu pada 24 dan 25 Dis. - Gambar hiasan
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
44 kes melioidosis direkodkan di Sabah setakat ini
Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pagi tadi.