awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah beralih ke Fasa 2 PPN mulai Sabtu ini

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2021
12:04 MYT
Sabah beralih ke Fasa 2 PPN mulai Sabtu ini
Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya pada Khamis. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Selepas 10 hari pengumuman Kerajaan Sabah membenarkan dine-in di restoran dan kedai gunting rambut beroperasi, kerajaan hari ini mengumumkan negeri itu memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Sabtu ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya pada Khamis.
Tambah beliau, keputusan dibuat selepas meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri oleh Kementerian Kewangan.
"Selepas semua agensi terbabit termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti nilai-nilai ambang negeri ini, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi Sabah dari fasa 1 ke fasa 2, berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang ditetapkan.
"Peralihan bagi fasa PPN bagi Sabah akan berkuat kuasa mulai 10 Julai 2021," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Ismail Sabri menambah, maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang ditetapkan bagi fasa 2 boleh dirujuk di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.
Sebelum ini, enam negeri sudah beralih ke Fasa 2 iaitu Pulau Pinang, Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang sekali gus membolehkan negeri-negeri terbabit dapat menikmati pelbagai kelonggaran ekoran peralihan fasa baharu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lalu mengumumkan pelaksanaan PPN sebagai strategi peralihan keluar menerusi empat fasa daripada krisis wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#Fasa 2
#Pelan Pemulihan Negara
#PPN
#ismail sabri yaakob
#COVID-19
#Sabah
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan