awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
Malaysia-India sepakat kukuhkan penggunaan ringgit-rupee dalam perdagangan
JKKP keluar notis larangan susulan kemalangan maut tapak pembinaan hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah berharap Kerajaan Persekutuan naik taraf kemudahan di KKIA - Hajiji

Bernama
Bernama
26/01/2024
13:40 MYT
Sabah berharap Kerajaan Persekutuan naik taraf kemudahan di KKIA - Hajiji
Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Hajiji telah menyampaikan permintaan itu kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada pertemuan mereka di pejabat beliau di Menara Kinabalu di sini semalam. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berharap Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan akan menaik taraf perkhidmatan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini.
Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Hajiji telah menyampaikan permintaan itu kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada pertemuan mereka di pejabat beliau di Menara Kinabalu di sini semalam.
"Ketua Menteri menyatakan adalah penting untuk meningkatkan dan menaik taraf perkhidmatan kemudahan di KKIA kerana ia lapangan terbang kedua tersibuk di negara ini," menurut kenyataan itu.
Turut hadir Timbalan Menteri Komoditi dan Perladangan Datuk Chan Foong Hin, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong.
Pada 7 Dis tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkunjung ke Sabah berkata Kerajaan Persekutuan bersedia mempertimbang langkah mewujudkan satu lagi terminal di KKIA susulan perkembangan industri pelancongan di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Hajiji Noor
#Kota Kinabalu International Airport
#naik taraf KKIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan