awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah putuskan sektor awam dibenar beroperasi pada kapasiti penuh mulai hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2022
08:09 MYT
Sabah putuskan sektor awam dibenar beroperasi pada kapasiti penuh mulai hari ini
Bagaimanapun, mereka yang dijangkiti COVID-19 dan juga kontak rapat terkecuali berdasarkan status semasa dalam MySejahtera.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan sektor awam dibenar beroperasi pada kapasiti penuh mulai hari ini, kata Datuk Seri Masidi Manjun.
Bagaimanapun, Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata, mereka yang dijangkiti COVID-19 dan juga kontak rapat terkecuali berdasarkan status semasa dalam MySejahtera.
"Sehubungan itu, bagi membendung penularan virus dalam kalangan penjawat awam semasa bertugas, adalah dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.
"Dengan keputusan itu, 90 peratus penjawat awam akan mula beroperasi seperti biasa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Masidi berkata, kes positif harian di Sabah pada Selasa ialah 2,158 kes yang mana 364 kes melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun.
Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, walaupun jumlah kes menurun secara keseluruhan hari ini, tetapi 17 daripada 27 daerah di negeri itu mencatatkan jumlah kes harian yang lebih tinggi daripada semalam.
"Sejumlah 2,143 kes atau 99.31 peratus daripada 2,158 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2; manakala 15 kes dalam Kategori 3 hingga 5," katanya.
Topic Berkaitan
#Masidi Manjun
#kontak rapat positif
#sektor awam beroperasi
#bendung virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan