awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah, Sarawak jadi rakan kongsi dapat realisasi hasrat MA63 - Dr Jeniri

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
10/03/2019
04:35 MYT
Sabah, Sarawak jadi rakan kongsi dapat realisasi hasrat MA63 - Dr Jeniri
DR JENIRI: Kembalinya status ini nanti akan memberi perhatian kepada keperluan pembangunan Sabah dan Sarawak. - Gambar fail
Pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk menjadikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai rakan kongsi akan mengembalikan hasrat awal penubuhan Malaysia 1963.
Penganalisis politik Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata ia sekali gus menjadi sandaran janji Pakatan Harapan (PH) sesuai aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak sendiri pada pilihan raya umum (PRU) lepas.
"Saya percaya dengan kembalinya status asal ini nanti, ini akan meletakkan kedudukan Sabah dan Sarawak sama dengan Semenanjung Malaysia, iaitu kedudukannya bukan lagi negeri tetapi tiga wilayah di rantau ini.
"Jadi, dalam konteks politik ini, saya percaya kedudukan ini nanti, segala tuntutannya akan dapat ditunaikan. Ia akan jadi asas kukuh untuk mengeratkan lagi hubungan ketiga-tiga wilayah ini.
"Jadi dalam konteks ini, mungkin sesetengah pihak melihat kalau begitu kuat tuntutan ini mungkin boleh menimbulkan semangat kewilayahan yang begitu kuat yang boleh sedikit sebanyak menjejaskan usaha kerajaan untuk membina sebuah negara bangsa sesuai dengan hasrat untuk mewujudkan negara idaman," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.
TONTON: GPS 'wajib' sokong Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan
BACA: Ketua Menteri Sarawak berpuas hati hasil rundingan MA63
Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Liew Vui Keong berkata persetujuan Kabinet untuk meminda perlembagaan berkenaan telah dibuat semasa mesyuarat Kabinet Rabu lepas dan ia adalah satu langkah besar ke arah merealisasikan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Dalam pada itu, kata Dr Jeniri, kembalinya status ini nanti akan memberi perhatian kepada keperluan pembangunan Sabah dan Sarawak.
"Kedua-dua wilayah akan dapat diberi perhatian saksama kerana harus diakui terdapat banyak daerah yang masih mundur dengan kelengkapan yang daif.
"Dengan itu saya percaya, peruntukan dan geran sewajarnya sesuai dengan janji asal ketika Malaysia ditubuhkan akan dapat ditunaikan.
"Dengan itu, ia dapat merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung dan berdiri sama tinggi dengan Semenanjung Malaysia," katanya.
Tambah Dr Jeniri, pelaksanaannya kelak akan memberi keadilan dalam isu hak gas Sabah dan Sarawak oleh kerajaan PH.
Topic Berkaitan
#kabinet
#kerajaan
#Ketua Menteri
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#Perjanjian Malaysia 1963
#pilihan raya
#PRU
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan