Semua pegawai daerah di negeri ini diarahkan bersiap sedia menghadapi bencana banjir, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Persediaan itu penting dengan tumpuan kepada membantu mangsa banjir dan memindahkan mereka ke pusat pemindahan sekiranya keadaan memerlukan, katanya.
Musa berkata beliau sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman selaku Pengerusi Bencana Alam negeri memantau persediaan di semua daerah khususnya yang mempunyai risiko dilanda banjir.
"Semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan juga perlu bekerjasama memberi bantuan kepada mangsa banjir," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Sijil Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Sijil 1Azam di sini hari ini.
Seramai 38 pelajar Institut Eisteddfod Sandakan menerima SLDN dan 269 lagi menerima sijil 1Azam.
Musa berkata hari ini dua daerah di negeri ini dilanda banjir iaitu Kota Belud dan Tawau yang turut melibatkan mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata khidmat kemanusiaan dan menyelamat banjir kilat telah dilakukan di lapan kampung di Kota Belud hari ini.
Katanya kampung terlibat adalah Linau, Gunding, Menunggui, Bobot, Kota Belud, Siasai, Kotabungan dan Lobak Engad manakala di Tawau melibatkan Kampung Sungai Gading Wakuba.
Bernama
Fri Jan 02 2015
MUSA: Sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri memantau persediaan di semua daerah khususnya yang mempunyai risiko dilanda banjir.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
18 rumah di Kota Belud hangus terbakar
Sebanyak 18 buah rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran yang berlaku petang ini di Kampung Kuala Abai, Kota Belud, Sabah.
Suami isteri maut nahas dua kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 28 tahun, tersepit dalam kenderaan jenis Proton Wira.
Jangan jadikan rakyat mangsa kepentingan politik - Ahmad Zahid
Pemimpin negara ini diingatkan supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa, atau mempertaruhkan 'harga mahal' bagi mencapai kepentingan politik.
Lelaki hilang disambar buaya ketika memancing
Seorang lelaki yang sedang memancing hilang selepas disambar buaya dalam kejadian di jeti Mantanani di Kota Belud pada Jumaat.
Senda gurau Permaisuri sentuh hati peniaga, pengunjung Pekan Nabalu
Kunjungan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Pekan Nabalu di Kota Belud, nyata menggembirakan peniaga dan pengunjung.
Remaja perempuan hanyut ketika mandi-manda ditemukan lemas
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan lemas ditemukan meninggal dunia di Daradaat View, Kampung Ratau, Kota Belud hari ini.
Rumah dijilat api, tiga beranak terjun selamatkan diri
Dalam kejadian awal pagi itu, Hanisah bersama dua anaknya mengalami cedera ringan selepas terjun dari ketinggian tiga meter.
Lelaki maut rempuh kereta parkir di bahu jalan
Kejadian yang berlaku di Jalan Botong - Rosok, di sini, jam 8.55 malam tadi menyebabkan pemandu pacuan empat roda berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Banjir: 25 mangsa terperangkap di pusat peranginan Polumpung Sabah
Seramai 25 orang terperangkap dalam kejadian banjir di pusat peranginan Polumpung Kampung Melangkap Baru, Kota Belud pada Jumaat.
30 terperangkap akibat kepala air dari Gunung Kinabalu
Kegembiraan 20 pelancong tempatan di Eko Pelancongan Kampung Kaung Malaan bertukar cemas apabila kepala air dari Gunung Kinabalu melanda kawasan pelancongan tersebut.