awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabitan, hukuman penjara bekas akauntan Kumpulan Asia Media kekal - SC

Bernama
Bernama
13/09/2023
15:27 MYT
Sabitan, hukuman penjara bekas akauntan Kumpulan Asia Media kekal - SC
Mahkamah itu bagaimanapun mengetepikan denda harian RM1,500 setiap hari untuk tempoh selama 673 hari iaitu berjumlah RM1,009,500. - Gambar hiasan/pexels
KUALA LUMPUR: Sabitan dan hukuman penjara sehari serta denda RM75,000 terhadap bekas akauntan Asia Media Group Berhad kerana gagal menghadirkan diri untuk direkod keterangan oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya Isnin lepas, menurut SC.
Dalam kenyataan hari ini SC memaklumkan bahawa pada 11 Sept itu juga Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, untuk mengetepikan denda harian RM1,500 setiap sehari yang dikenakan terhadap Ong Kar Kian oleh hakim Mahkamah Sesyen.
SC berkata Mahkamah Rayuan menekankan bahawa kegagalan dalam mematuhi perintah bertulis SC di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) dipandang serius oleh mahkamah dan pengawal selia pasaran modal itu.
"Kes ini merupakan pendakwaan pertama oleh SC terhadap kegagalan mematuhi perintah bertulis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 32(2)(a) AMLATFPUAA," menurut kenyataan itu.
Pada 10 Dis 2020, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda berjumlah RM75,000 terhadap Ong selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan gagal menghadirkan diri untuk direkodkan keterangannya oleh pegawai penyiasat SC.
Ong turut diperintahkan membayar denda harian sebanyak RM1,500 setiap hari untuk tempoh selama 673 hari iaitu berjumlah RM1,009,500.
Ong memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi pada 14 Dis 2020, namun mahkamah itu mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap ketiga-tiga pertuduhan dihadapinya.
Mahkamah itu bagaimanapun mengetepikan denda harian RM1,500 setiap hari untuk tempoh selama 673 hari iaitu berjumlah RM1,009,500.
Lelaki itu kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, manakala SC memfailkan rayuan balas terhadap perintah mengetepikan denda harian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
#Pegawai Penyiasat
#denda harian
#AMLATFPUAA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan