awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Dis
Op Dadu Mega: 21 premis diserbu, 85 individu ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham AirAsia naik 3.6 peratus susulan pelan kumpul modal berjalan lancar

Bernama
Bernama
23/10/2020
07:51 MYT
Saham AirAsia naik 3.6 peratus susulan pelan kumpul modal berjalan lancar
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat berkata pinjaman itu merupakan sebahagian langkah pengumpulan modal kumpulan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Saham AirAsia Group Bhd meningkat semasa sesi dagangan pagi hari ini susulan syarikat penerbangan tambang rendah itu dilaporkan telah memperoleh pinjaman untuk menyokong pelan pengumpulan modal yang sedang dilaksanakannya.
Reuters, memetik sumber, melaporkan pinjaman bernilai RM300 juta yang dikeluarkan oleh Sabah Development Bank Bhd akan membantu syarikat penerbangan tersebut mengharungi tempoh sukar selama dua bulan, membiayai operasi tempatan.
Ini berikutan berlakunya peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19 yang akan terus menjejaskan sektor perjalanan udara bagi tempoh yang lebih lama.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat berkata pinjaman itu merupakan sebahagian langkah pengumpulan modal kumpulan.
AirAsia Bhd merupakan unit Malaysia bagi kumpulan itu.
"Kami gembira dengan kemajuan itu," katanya.
Setakat 10.57 pagi, saham AirAsia menambah dua sen atau 3.60 peratus kepada 57.5 sen dengan 9.48 juta saham bertukar tangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saham AirAsia
#AirAsia
#sesi dagangan pagi
#Bursa Malaysia
#syarikat penerbangan tambang rendah
#pelan pengumpulan modal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan