Pemain industri pemasaran perlu memainkan peranan penting dalam era berita palsu dan sensasi yang kerap dikongsi di media sosial.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, menegaskan, sebagai sebuah negara yang mempunyai demografi perniagaan dinamik, Malaysia perlu menunjukkan contoh strategi pemasaran yang bukan sahaja berkesan, tetapi boleh dipercayai.
"Industri pemasaran mempunyai peranan penting untuk dimainkan di sini, kerana saya percaya kesahihan dan keaslian adalah mantra baharu dalam jangkauan dan keterlibatan dengan pengguna.
"Terdapat peningkatan trend ke arah menjalinkan hubungan yang lebih rapat antara usahawan dan pengguna, dan dengan media sosial, masyarakat akan berkongsi tentang produk atau perniagaan jika mereka mendapati ia jujur dan meyakinkan," kata Gobind.
Pengenalan 5G juga dilihat akan meningkatkan lagi digitalisasi dan pertumbuhan sektor perindustrian baharu, di samping menambah aliran pendapatan, dengan perbelanjaan pengiklanan digital untuk suku pertama ini tahun sahaja mencecah RM335 juta.
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan sewaktu hadir sebagai tetamu kehormat di malam Anugerah CMO Malaysia 2019 di ibu negara, pada Jumaat.
Mempertandingkan 30 kategori, ia memberi pengiktirafan kepada pemain industri pemasaran yang paling berkebolehan, telus dan mempunyai daya kepimpinan tertinggi sebagai penerima anugerah.
Madiha Abdullah
Fri Nov 15 2019
Masyarakat akan berkongsi tentang produk atau perniagaan jika mereka mendapati ia jujur dan meyakinkan. - Bernama
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Aplikasi MY TouristPay mudahkan pelancong asing bayar dengan cepat, selamat
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan aplikasi terbaharu MY TouristPay untuk mengantarabangsakan perniagaan tempatan menerusi ekonomi digital.
Cashless Boleh 3.0 - Lebih 80 peratus sektor awam catat penembusan pembayaran digital
Secara keseluruhannya pada tahap 81.3 peratus, peningkatan lebih 22 peratus dari 58.8 peratus sejak 2021.
Perkukuh pangkalan data, jejak corak perbelanjaan penerima bantuan - MINDA-UKM
Sistem pangkalan data perlu diperkukuhkan agar dapat menjejak corak perbelanjaan penerima bantuan kerajaan.
Transformasi digital hapus pekerjaan konvensional, cipta kerjaya bernilai lebih tinggi - WEF
Transformasi digital akan menghapuskan pekerjaan-pekerjaan yang bersifat konvensional, namun dalam masa yang sama akan mencipta peluang pekerjaan yang bernilai lebih tinggi.
Celcom Business tingkat kecekapan, produktiviti perniagaan dengan ekosistem penyelesaian berpatutan
Celcom Business tampil sebagai rakan niaga yang dipercayai untuk membantu perniagaan mencapai potensi penuh untuk terus maju.
Digitalisasi bantu pelanggan cekap, efisien urus tenaga - TNB
Sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 akan tercapai sekiranya pelanggan mengamalkan penggunaan tenaga lebih cekap.
Digitalisasi: KPM bangunkan tiga sistem dalam talian bantu pengurusan sekolah, guru
Kementerian Pendidikan sedang membangunkan tiga sistem secara dalam talian untuk membantu pengurusan sekolah dan memudahkan tugas guru.
HPK: Perkasa pengguna depani era digitalisasi - Ismail Sabri
Proses digitalisasi pengguna hari ini berlaku secara tidak langsung memerlukan pengguna yang bijak dan berdaya upaya.
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana tiada pilihan lain selain lakukan digitalisasi segera
PMKS perlu mengambil kira consumer behaviour yang semakin hari semakin bergantung kepada penggunaan digital, malah sebelum COVID-19 bermula.
RMK-12: Fokus aspek digitalisasi, latih pekerja mahir
Rancangan Malaysia 12(RMK-12) perlu memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur digitalisasi serta melatih tenaga kerja mahir dan separa mahir seiring perkembangan revolusi industri 4.0.