SEPANG: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mencadangkan penubuhan Yayasan Pendidikan Pelarian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi merancang, mempermudah dan membangunkan intervensi dalam semua bidang pendidikan untuk pelarian.
Bercakap pada Seminar Antarabangsa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (OIC-IPRC) Tetap Bebas kelapan di sini pada Rabu, beliau berkata ini termasuk mengenal pasti institusi sedia ada, awam dan swasta di peringkat sekolah rendah, menengah dan pendidikan tinggi bagi membolehkan pelajar golongan pelarian mendapat pendidikan.
"Kompleks sekolah untuk pelajar pelarian, termasuk aset, perabot, peralatan, pengangkutan dan penginapan pelajar. Kurikulum yang lengkap dan bersesuaian serta bersepadu dan seimbang yang menjamin pendidikan berkualiti," katanya.
Saifuddin turut menggariskan keperluan untuk akreditasi dan pengiktirafan antarabangsa bagi pensijilan, biasiswa untuk pelajar pelarian, latihan guru dan pembangunan kerjaya termasuk untuk guru pelarian serta kursus dan tunjuk ajar bagi menyokong pelajar pelarian.
Bidang lain termasuk urusan undang-undang seperti pasport dan dokumentasi imigresen, kad pelarian dan visa pelajar bagi memastikan tiada halangan pentadbiran untuk mendaftarkan pelajar pelarian.
Beliau berkata yayasan itu juga boleh memudahkan perkongsian dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerjasama dengan pelarian di negara OIC bagi memastikan perkhidmatan perlindungan dan bantuan kepada pelajar pelarian dan keluarga mereka.
"Yayasan sedemikian yang diketuai OIC amat diperlukan dan akan memberi peluang kepada kanak-kanak serta remaja pelarian untuk berubah daripada menjadi "generasi yang hilang" kepada menjadi pemimpin dan penyumbang kepada masa depan, untuk membina negara mereka apabila perang berakhir atau menyumbang kepada pembangunan negara tuan rumah baharu mereka," katanya.
Saifuddin berharap cadangannya akan dimasukkan dalam Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Hak dan Akses kepada Pendidikan untuk Pelarian yang akan dibacakan Pengerusi IPHRC Dr Haci Ali Acikgul pada akhir seminar pada Khamis.
Berdasarkan statistik Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Saifuddin berkata sehingga akhir 2021 terdapat kira-kira 27.1 juta pelarian dan 4.6 juta pencari suaka di seluruh dunia.
Saifuddin berkata menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO), 50 peratus pelarian dan pencari suaka dalam populasi global terdiri individu di bawah umur 18 tahun. Bagaimanapun, disebabkan beberapa faktor kebanyakan mereka tidak mempunyai akses kepada pendidikan.
Bagi menyediakan pendidikan kepada pelarian, Saifuddin berkata negara tuan rumah perlu mempunyai keazaman politik yang kuat, perancangan dasar yang bernas dan sumber mencukupi.
"Sebagai antara negara yang menempatkan pelarian buat sementara waktu, kami mengakui masih banyak yang perlu dilakukan dalam menyediakan pendidikan kepada pelarian di negara ini," katanya.
Beliau berkata sehingga Ogos 2022 hanya 44 peratus (5,046) kanak-kanak pelarian di Malaysia telah mendaftar dalam pendidikan rendah dan 16 peratus (874) belia pelarian mendaftar dalam pendidikan menengah.
Seminar Antarabangsa OIC-IPHRC kelapan bertemakan "Perspektif Islam Dalam Perlindungan Pelarian - Hak dan Akses kepada Pendidikan" dihadiri kira-kira 200 peserta termasuk perwakilan dan pemerhati dari lebih 40 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mencadangkan penubuhan Yayasan Pendidikan Pelarian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi merancang, mempermudah dan membangunkan intervensi dalam semua bidang pendidikan untuk pelarian. - Foto BERNAMA
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Malaysia komited tingkatkan peranannya dalam hal ehwal antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata, dalam mencapai aspirasi itu negara memerlukan tenaga profesional yang kompeten di Kementerian Luar.
Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir
Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.
OIC gerakkan usaha bantu pelarian Rohingya - Iyad Ameen
OIC menggerakkan usaha untuk menguruskan aspek politik dan kemanusiaan membabitkan pelarian Rohingya sebagai sebahagian kempen untuk menyokong minoriti Islam yang ditindas di Myanmar.
Malaysia pembekal utama peralatan perubatan dalam kalangan negara OIC
Malaysia adalah pembekal utama peralatan perubatan hospital dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Perlu lebih proaktif dalam OIC
Kedudukan geografi Malaysia yang jauh dari negara-negara dilanda konflik, bukan alasan bantuan tidak dapat diberikan.