awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin tubuh Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/09/2021
08:57 MYT
Saifuddin tubuh Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri
Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri dipengerusi Saifuddin dan dianggotai oleh pegawai KLN (Kementerian Luar Negeri), ahli akademik, ahli perniagaan dan wakil masyarakat sivil. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan penubuhan Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri untuk menasihati beliau dalam isu berkait hubungan luar.
Menurutnya, mesyuarat pertama majlis itu akan berlangsung pada 3 September ini dan akan dipengerusikan beliau sendiri.
"Ia dipengerusi saya dan dianggotai oleh pegawai KLN (Kementerian Luar Negeri), ahli akademik, ahli perniagaan dan wakil masyarakat sivil," katanya dalam sidang media di Wisma Putra pada Rabu.
[TERKINI] Sidang Media Menteri Luar Negeri | 01 Sept 2021
SEMUA BERHUBUNG PRESTASI 100 HARI KABINET PM ISMAIL SABRI DI SINI
Malah, beliau juga akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri untuk ditubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa di Parlimen.
Ujarnya, ia seiring pendekatan yang terbuka dan perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan di dalam dan di luar negeri, termasuklah meningkatkan peranan sektor perniagaan dan masyarakat sivil.
Bercakap berkenaan keberhasilan 100 Hari Pertama seperti yang diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Saifuddin berkata penggubalan Kerangka Dasar Luar Negeri merupakan tindakan awal yang difokuskan beliau.
"Kerangka ini adalah sebagai panduan dari segi hala tuju, tumpuan dan pendekatan yang dilaksanakan.
"Ia bukan dasar luar negeri yang baru. Temanya ialah 'tumpuan dalam kesinambungan'," katanya.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#Diari 100 Hari
#kabinet malaysia
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan