KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan saingan Liga Malaysia (Liga M) akan diubah mengikut kalendar Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi musim 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Stuart Ramalingam berkata MFL kini masih dalam perbincangan bersama kelab bola sepak tanah air untuk memulakan perubahan itu bermula tahun depan, demi memastikan jendela perpindahan Liga-M selari dengan liga antarabangsa.
"Ia juga untuk selarikan tempoh rehat dan memastikan persembahan pasukan kebangsaan, pasukan bawah umur dan yang menyertai Piala AFC dalam keadaan baik.
"Kami sedang membuat kajian untuk memastikan kalendar kita adalah selari, kita tahu kalendar antarabangsa ada beza dari segi iklim dan konteks tempatan yang diperlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Jelajah Piala Malaysia 2023, di sini hari ini.
Stuart berkata transisi yang dilakukan akan menjadikan musim kalendar liga bola sepak tanah air menjadi dua tahun, bermula 2024 dan berakhir 2025.
Beliau berkata MFL akan mengumumkan perkara tersebut bulan depan selepas segala perbincangan melibatkan kelab dan pihak berkepentingan selesai.
Sementara itu, Stuart berkata MFL akan memastikan musim baharu Liga-M dimulakan tanpa sebarang isu tunggakan gaji.
Katanya, tindakan akan dikenakan ke atas mana-mana pasukan yang berdepan kes tunggakan gaji sekiranya mereka tidak menyelesaikan masalah itu sebelum musim ini berakhir.
Mengenai Jelajah Piala Malaysia 2023, Stuart berkata ia bagi memastikan semua peminat bola sepak tanah air berpeluang melihat piala berprestij itu lebih dekat.
"Kami menggalakkan peminat bola sepak untuk merebut peluang menyaksikan trofi Piala Malaysia yang disanjungi dan kaya dengan sejarah," katanya.
Jelajah bermula hari ini hingga 3 Dis ini, melibatkan lima AEON BiG terpilih bermula di AEON BiG Wangsa Maju (15-17 Sept) diikuti AEON BiG Falim, Ipoh, Perak (22-24 Sept); AEON BiG, Kuantan, Pahang (20-22 Okt); AEON BiG Shah Alam atau Klang, Selangor (3-5 Nov); dan AEON BiG Batu Pahat, Johor (1-3 Dis).
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 dijadualkan pada 9 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Datuk Stuart Ramalingam berkata, MFL kini masih dalam perbincangan bersama kelab bola sepak tanah air untuk memulakan perubahan itu bermula tahun depan. - Gambar fail
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Perak FC hanya tunggu bukti dana
IMC Sdn Bhd juga telah berbincang dengan pihak terbabit dan bersetuju dengan sebahagian besar terma-terma dikemukakan.
MFL kesal dengan budaya samseng bola sepak
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kesal dengan insiden pergaduhan di antara segelintir penyokong Kuala Lumpur (KL) City FC dan Selangor FC di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras semalam.
Malaysia Airlines rakan penerbangan rasmi Liga-M 2022
Malaysia Airlines menyediakan perjalanan selamat dan lancar untuk MFL selain menyokong aktivitinya.
Kuota pemain import Liga-M kekal musim ini - FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merasakan sudah terlalu lewat untuk membuat sebarang perubahan berhubung kuota pemain import bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Sarawak United bakal berdepan hukuman berat
Stuart berkata sebarang penukaran pasukan menggantikan Sarawak United itu terserah kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan selanjutnya.
Piala Malaysia: Pasukan sedia terima 'pemain ke-12' kembali ke stadium
Kesemua 16 pasukan yang beraksi dalam Piala Malaysia 2021 sudah bersiap sedia menerima kembali kehadiran 'pemain ke-12' ke stadium bermula 29 Okt ini.
Hanya 10 pasukan bertanding dalam Liga Premier 2022
MFL mengumumkan saingan Liga Premier 2022 akan disertai 10 pasukan berbanding 11 pasukan musim ini selepas Perak FC II sah disingkirkan daripada saingan divisyen kedua Liga Malaysia (Liga-M) itu.
Stuart Ramalingam diumum CEO baharu MFL esok?
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, hampir pasti diumumkan sebagai CEO Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam tempoh terdekat.
Dua pemain KDA FC positif COVID-19, MFL tunda aksi di Alor Setar
Liga Bola Sepak Malaysia mengesahkan dua pemain Kedah Darul Aman FC positif COVID-19, sekali gus memaksa perlawanan Liga Super antara KDA FC dan Penang FC esok ditunda ke satu tarikh baharu.