KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, hampir pasti diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam tempoh terdekat.
Stuart, 44, yang dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada Julai 2018, dijangka diperkenalkan secara rasmi sebagai CEO baharu MFL selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL, yang dijadual berlangsung esok, menurut sumber FAM.
"Stuart mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang pemasaran untuk membantu Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menguruskan liga," jelas sumber itu mengenai kredibiliti dimiliki Stuart.
Sejurus pengumuman itu dibuat, FAM akan menyusul dengan kenyataan kekosongan ditinggalkan Stuart, sebelum memuktamadkan pelantikan setiausaha agung baharu badan induk itu secepat mungkin.
Bernama difahamkan bekas penolong setiausaha agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar, 61, menjadi pilihan utama untuk menggantikan Stuart, namun tiada hitam putih sehingga hari ini.
Menurut Artikel 63 Perenggan 1 Statut FAM, Setiausaha Agung hendaklah dilantik oleh Presiden atas nasihat Jawatankuasa Eksekutif.
Mohd Saifuddin mula menyertai FAM sejak 1993 hingga 2004, dengan menjawat jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Pertandingan FAM.
Beliau kemudian menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selama tiga tahun selaku pegawai pertandingan, sebelum kembali semula ke FAM pada 2007 dan dilantik sebagai penolong setiausaha agung.
Pada 2009, Mohd Saifuddin meletak jawatannya itu dan menerima peluang berkhidmat selaku Perunding Teknikal Liga Profesional Oman sehingga 2018.
Dalam pada itu, pencalonan Stuart sebagai CEO baharu MFL adalah susulan kekosongan ditinggalkan Ab Ghani, yang dipilih sebagai presiden baharu MFL pada Isnin lepas.
Stuart pernah dilantik oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai 'Professionalisation Consultant' pada 2008, dan menyertai AFC pada 2012 dengan memegang pelbagai jawatan, sebelum menjadi perunding kepada antara dua agensi sukan terbesar dunia - Dentsu Sports dan IMG pada 2014.
Beliau dilantik sebagai Naib Presiden Dentsu Sports selama empat tahun sehingga 2018. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021
Stuart, 44, yang dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada Julai 2018, dijangka diperkenalkan secara rasmi sebagai CEO baharu MFL selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL, yang dijadual berlangsung esok. - Gambar fail BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
15 penaja warnai saingan Liga-M - Stuart
12 daripada penaja telah dimuktamad setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya.
RM3.53 juta dibelanjakan untuk RTG tahun lepas - Stuart
Sejumlah RM3.53 juta telah dibelanjakan untuk enam sukan bagi pelaksanaan Program Road To Gold (RTG) sepanjang tahun lepas.
Sesi temu duga kelab Liga M3 minggu depan
Pihak FIB juga telah menerima dokumen tambahan diperlukan daripada pasukan terlibat pada Jumaat sebelum sesi tersebut berlangsung.
Saingan Liga-M ikut kalendar AFC bermula tahun depan
MFL kini masih dalam perbincangan bersama kelab bola sepak tanah air untuk memulakan perubahan itu bermula tahun depan.
'Bakar suar nampak hebat dari sudut gambar... tapi...'
Stuart Ramalingam berkata perkara itu tetap melibatkan aspek tatatertib di bawah bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sistem VAR: MFL setuju tetapi mahu mutu pengadil ditingkatkan
Pelaksanaan sistem VAR bukan sahaja memenuhi tuntutan bola sepak semasa, malah permintaan pemain dan pasukan serta keinginan penyokong.
MFL kekalkan harga tiket final Piala FA 2022
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata, senarai harga tiket perlawanan berkenaan dikekalkan seperti aksi final tahun lepas.
Piala Presiden, Belia dibatal buat tahun kedua
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik, hal-hal pengoperasian serta keselamatan.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.