GADGETS
Saintis jumpa kaedah kesan pergerakan semasa tubuh

Kaedah MRI boleh memberikan gambaran secara langsung mengenai tahap kesihatan manusia - Foto Agensi
USAHA membangunkan teknologi perubatan tidak pernah berhenti.
Pelbagai usaha dibuat bagi membolehkan petugas perkhidmatan kesihatan dapat melihat dan mengenalpasti bagaimana tubuh berfungsi secara langsung telah dilakukan.
Antaranya ialah dengan menggunakan teknologi pengimbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).
Untuk melihat proses yang berlaku dalam otot vokal individu, ahli biofizik, Jens Frahm dari Institut Biofizik Max Planck telah menggunakan teknik MRI untuk melihat perubahan fizikal yang berlaku kepada tubuh manusia.
Walaupun agak ngeri untuk ditonton, lihat saja keupayaan tindakan fizikal pada lidah, bibir dan bahagian laring yang menjadi asas pembentukan vokal kita.
Ia bekerjasama untuk membentuk ucapan dan suara yang dikeluarkan.
Ini merupakan satu kejayaan baru dalam dunia perubatan di mana sistem ini mampu digunakan untuk meneliti aktiviti tubuh manusia seperti siaran langsung televisyen.
Sistem ini dibangunkan oleh Jens Frahm dari Institut Max PLanck dari Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami