KUALA LUMPUR: Seorang saksi pendakwaan di dalam kes perbicaraan rasuah melibatkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa terdapat percanggahan dalam keterangannya mengenai permintaan komisyen sebanyak RM3.5 juta daripada tertuduh.
Ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid, 43, bersetuju ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How bahawa berlaku percanggahan apabila beliau memberitahu mahkamah tiada permintaan komisen sebanyak RM3.5 juta daripada Bung Moktar di Hotel Intercontinental pada 4 Mei 2015, sedangkan rakaman percakapan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2016 menunjukkan sebaliknya.
"Saya setuju ada percanggahan, namun saya ada beri rakaman percakapan yang lain kepada SPRM pada 4 Feb 2021, dan isi kandungan rakaman percakapan pada 4 Feb itu sama dengan keterangan saya di mahkamah.
"Saya memberi dua versi keterangan kepada SPRM kerana ketika itu saya berada dalam keadaan tertekan. Saya tidak pernah mengalami soal siasat di bangunan SPRM dan hanya memberi keterangan menurut apa yang saya rasa dan ingat ketika itu, sebab itu terdapat banyak keterangan," katanya.
Kata saksi itu, rakaman percakapan diambil oleh SPRM pada 2016 iaitu 13, 14 dan 25 Julai dan 14 Okt manakala rakaman terakhir hampir lima tahun selepas itu iaitu pada 4 Feb 2021.
Madhi tidak bersetuju dengan Law bahawa rakaman percakapan pada 4 Feb 2021 adalah rekaan semata-mata dan matlamat untuk menyelamatkan tertuduh.
Suasana kemudiannya menjadi tegang apabila Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria bertalu-talu bertanya soalan kepada saksi itu mengenai percanggahan keterangan berkaitan permintaan wang RM3.5 juta oleh Bung Moktar.
Mohd Sophian berkata saksi itu tidak diugut atau dipaksa oleh SPRM semasa memberi keterangan, tetapi mengapa wujud percanggahan yang sangat material di antara keterangannya di mahkamah dengan empat rakaman percakapan yang diberikan kepada pihak SPRM.
"Selepas empat tahun empat bulan, saya membuat rakaman percakapan terbaharu oleh SPRM. Saya rasa baharu ada kekuatan untuk memberi keterangan yang patut diberi kerana selama empat tahun saya memang mencari kekuatan, saya memang tak boleh nak buat kerja," jawab Madhi dalam nada sebak.
Mohd Sophian turut meminta saksi itu menjelaskan tindakannya memberikan keterangan berbeza, kerana rakaman percakapan yang beliau berikan kepada SPRM sebelum ini melibatkan masa depan seorang pemimpin politik yang kemudian didakwa di mahkamah.
"Keterangan yang saya beri berdasarkan apa yang diingati dan ingatan yang baik timbul jika berada dalam keadaan tenang," jawab Madhi.
Terdahulu, Hakim Rozina Ayob membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menyoal balas saksi itu kerana menganggapnya sebagai saksi belot berikutan keterangannya di mahkamah pada 26 Nov lalu, bercanggah dengan rakaman percakapan semasa disoal siasat SPRM.
Saksi pendakwaan ke-24 itu juga berkata wang RM3.5 juta itu diminta Bung Moktar dalam satu pertemuan di Hotel Intercontinental, Jalan Ampang di sini pada 4 Mei 2015 sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan Felcra berhubung pelaburan RM150 juta dalam unit saham itu.
"Apa yang saya faham, wang tersebut adalah balasan kepada Datuk Seri Bung kerana membantu saya dan Norhaili (Ahmad Mokhtar) mendapatkan pelaburan dari Felcra berjumlah 150 juta dalam Public Mutual," katanya ketika membaca beberapa kandungan rakaman percakapannya semasa disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2016.
Dalam rakaman percakapan, Madhi yang merupakan saksi utama dalam kes itu berkata pada 12 Jun 2015, kira-kira pukul 12 tengah hari, beliau dan Norhaili tiba di Public Bank Taman Melawati di sini, dan memaklumkan kepada isteri Bung Moktar, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bahawa pihak bank hanya mempunyai wang tunai sebanyak RM2.2 juta sahaja.
Kata saksi itu, Norhaili kemudiannya memaklumkan kepada Zizie bahawa mereka hanya mampu memberikan wang berjumlah RM2.8 juta sahaja kerana banyak perkara yang mereka perlu bayar dan uruskan termasuk bayaran kepada ejen yang akan memantau akaun Felcra Berhad.
"Zizie meminta Norhaili maklumkan kepada Datuk Seri Bung sendiri kerana wang tersebut diminta oleh Datuk Seri Bung bukan beliau. Norhaili kemudiannya menghubungi Datuk Seri Bung tetapi saya tidak dengar apa yang dibualkan.
"Selepas perbualan telefon tersebut Norhaili memaklumkan kepada Zizie bahawa Datuk Bung Moktar setuju bayaran yang diminta dikurangkan kepada RM2.8 juta sahaja," katanya dalam rakaman percakapan itu.
Madhi berkata beliau dan Norhaili tidak memberi komisen kepada Zizie.
"Wang RM 2.8 juta itu bukan bayaran komisen untuk Zizie. Wang 2.8 juta adalah wang yang diminta oleh Datuk Seri Bung, yang saya faham sebagai balasan kepada Datuk Seri Bung kerana telah membantu saya dan Norhaili untuk mendapatkan pelaburan daripada Felcra," katanya dalam rakaman percakapan itu.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar, 63, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Izette, 43, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
Perbicaraan di hadapan Rozina bersambung 20 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
Bung Moktar didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati pada 12 Jun 2015. - Gambar fail/ Astro AWANI
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
ADUN Warisan, UMNO tidak hadir DUN Sabah, sepakat sokong dua RUU kuasa kawal selia bekalan gas
Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Warisan dan UMNO Sabah dilihat tidak hadir pada sidang khas di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.
Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media
Dua kanopi disediakan di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu kepada pengamal media yang 'berkampung' di hadapan Istana Seri Kinabalu.
Serah kuasa: Bantu Kerajaan Sabah rancang pembangunan bekalan air, letrik, jalan raya - Bung Moktar
Penyerahan kuasa meluluskan projek-projek pembangunan bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak dilihat dapat merancangkan pembangunan tiga keperluan asas yang dituntut rakyat Sabah.
Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar
Bung Moktar menafikan dakwaan terdapat usaha untuk menggantikan kerajaan yang ditadbir oleh parti itu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada kerajaan BN-Parti Warisan (Warisan).
PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar
Kerja-kerja pembaikan cerun yang runtuh di kilometer KM2.1 jalan utama menuju ke pusat bandar berhampiran bulatan menara jam SM Sung Siew, di sini, akan dimulakan bulan depan.
'Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar
Tegasnya, Pejuang hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti itu.
Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar
Ada syarikat penerbangan meletakan syarat semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin disediakan, dan bayaran RM100 dikenakan.
Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi
Saksi itu berkat, dia memohon cadangan pelaburan itu dipertimbangkan sewaktu membentangkannya pada mesyuarat lembaga pengarah.