GOMBAK: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengakui orang ramai mungkin terkeliru dengan kawasan rekreasi di negeri itu yang telah dibenarkan untuk melakukan aktiviti riadah sehingga menyebabkan kesesakan di beberapa kawasan tumpuan ramai.
Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah Khairul Nizam Mohamed berkata, bagi negeri Selangor, semua kawasan Hutan Simpan masih tidak dibenarkan untuk sebarang aktiviti melibatkan orang ramai ketika ini.
"Kami berpandukan SOP terkini yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang tidak membenarkan aktiviti termasuk berkelah.
"Mungkin kerana orang ramai agak keliru dengan syarat pematuhan SOP tersebut yang sebenarnya tidak melibatkan kawasan Hutan Simpan," katanya yang hadir memantau operasi bersepadu di enam kawasan di sekitar Gombak bagi menyuraikan orang ramai yang melakukan aktiviti rekreasi bersempena cuti umum hari ini.
Ia berikutan gambar yang tular beberapa hari lalu didakwa aktiviti perkelahan di Sungai Pisang.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan bagi menjaga keselamatan diri.
Gambar yang tular jelasnya jika dilihat agak menakutkan dengan tidak ada penjarakan fizikal atau langkah-langkah yang sewajarnya selain ia membabitkan kawasan Hutan Simpan yang dilarang melakukan sebarang aktiviti.
Dia yang juga kesal dengan kejadian tersebut berharap agar tiada lagi insiden sedemikian berulang pada masa hadapan dan kawalan terhadap penularan COVID-19 dapat dilakukan sebaik mungkin.
Operasi hari ini juga katanya hanyalah menasihati dan mengarahkan orang ramai yang berkumpul seawal pagi di sekitar kawasan rekreasi di Gombak hari ini bersurai dan memberikan penerangan kepada mereka tentang SOP yang perlu diketahui.
Ia melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, PDRM dan Jabatan Kesihatan Malaysia (KKM).
Orang ramai sebelum ini berang selepas beberapa foto yang menunjukkan sekumpulan orang ramai melakukan aktiviti mandi manda dan berkelah yang dipercayai berlaku di sungai terbabit tanpa penjarakan sosial.
Insiden yang seakan pesta itu dipercayai berlaku sejurus selepas kelonggaran merentas daerah selepas Lembah Klang mula beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Sep 16 2021
Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menasihati sebahagian pengunjung di kawasan rekreasi Alang Sedayu pada Khamis. - Foto Astro AWANI
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Cuaca panas di Kedah boleh cecah 40 darjah Celsius hari ini
Daerah yang dikesan dilanda titik panas adalah Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star dan Langkawi.
MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau secara menyeluruh ancaman keganasan di pelbagai medium termasuk di media sosial.
2,580 aset KKR siap sedia hadapi impak perubahan monsun
Sebanyak 2,580 aset KKR dan agensinya, JKR dan LLM telah dipersiapkan bagi menghadapi impak peralihan Monsun Barat Daya kepada fasa Monsun Timur Laut (MTL).
Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu
Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkuat kuasa hari ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
MKN pergiat program CBSM di Kedah atasi ancaman keselamatan negara
MKN Kedah akan mempergiat Program CBSM di negeri ini bagi menggalakkan penglibatan orang ramai dalam menyalurkan sebarang bentuk maklumat berkaitan ancaman kepada keselamatan negara.
Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM
Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, peruntukan itu disalurkan secara berfasa bagi tempoh hingga Julai tahun depan.
Lelaki ditahan kali kedua cuba seludup vape bernilai RM150,000
Seorang lelaki ditahan kali kedua atas kesalahan menyeludup cecair vape bernilai RM150,000 ke negara jiran dalam Op Bersepadu kira-kira pukul 5 petang semalam.
Libatkan Menteri Luar dalam MKN secara tetap - Howard
Dasar dan hubungan dengan negara lain mempunyai kesan langsung terhadap keselamatan negara.
Cadangan MKN untuk melanjutkan khidmat NTF tidak diteruskan - Saifuddin
Keputusan itu dibuat berdasarkan data yang menunjukkan situasi COVID-19 di negara semakin terkawal
Keselamatan negara: MKN perlu laksana 'Latih Amal Keselamatan Menyeluruh' dengan segera - PM
Ini membolehkan tahap kesiapsiagaan dipertingkat, untuk Malaysia menghadapi sebarang potensi situasi krisis pada masa hadapan.