Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Terengganu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan salah guna kuasa membabitkan jumlah kira-kira RM303,546 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Tertuduh Che Sa'adon Che Yahya, 55 tahun, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Wan Azimah Yaacob.
Mengikut pertuduhan pertama, Che Sa'adon didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi memilih Syarikat Arcana Jaya Enterprise (Arcana Jaya) untuk membuat pembekalan pejantan dan induk bebiri bagi projek bernilai RM107,050 di Kampung Pelam.
Tertuduh yang merangkap Ahli Lembaga Pengarah Gapets Sdn Bhd mempunyai kepentingan dalam Arcana Jaya kerana syarikat itu milik anaknya.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai Pengurus Besar PPN Terengganu dan ahli lembaga Gapets untuk memilih Arcana Jaya dengan nilaian berjumlah RM196,496.
Perbuatan didakwa dilakukan di pejabat Gapets pada 1 November dan 4 Disember, 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh.
Che Sa’adon sebelum ini pernah dihadapkan dua kali ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana mengemukakan tuntutan palsu pada Mac dan April tahun lalu.
Astro Awani
Wed Feb 27 2019
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.
Salah guna kuasa RM303,000: Bekas pengurus besar PPN mengaku tidak bersalah
Tertuduh Che Sa'adon Che Yahya, 55 tahun, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Wan Azimah Yaacob.