awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM

Amirul Aiman
Amirul Aiman
19/03/2025
02:35 MYT
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM
Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (ACAB) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 2 Februari lalu. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Tan Sri Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (ACAB) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam satu kenyataan pada Rabu, SPRM memaklumkan, pelantikan Salim adalah bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 2 Februari lalu.
Pelantikan ini dibuat dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selaras dengan Seksyen 13 Akta SPRM 2009, menurut kenyataan itu.
Salim merupakan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), jawatan yang disandangnya sejak Mac 2023.
Beliau pertama kali berkhidmat sebagai ahli suruhanjaya dalam MCMC dari tahun 2010 hingga 2014 sebelum dilantik semula ke jawatan tersebut pada Januari 2022.
Pada Jun tahun sama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Interim MCMC sebelum mengambil alih sebagai Pengerusi sepenuhnya pada 1 Mac 2023.
Topic Berkaitan
#Salim Fateh Din
#SPRM
#Lembaga Penasihat SPRM
#Pengerusi MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan