Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas akhbar The Wall Street Journal (WSJ) kerana terus membuat dakwaan palsu tetapi memetik pihak yang tidak dinamakan sebagai sumbernya.
Ini, katanya, adalah cara yang pengecut untuk mengelak daripada disaman.
"Bagaimanapun kami tahu mereka tidak akan menyatakan nama, sebab mereka tidak akan dapat (menyatakannya)," kata Salleh dalam catatan terkini blog beliau, sskeruak.blogspot.com yang menyelar laporan WSJ tentang Malaysia.
"Hakikatnya adalah laporan mereka ditulis berdasarkan khabar angin, dan merupakan pembohongan bermotifkan politik yang mereka terima tanpa mendapatkan pengesahan sewajarnya, demi memaparkan satu lagi tajuk berita sensasi," katanya.
Salleh menegaskan bahawa meskipun sumber tanpa nama mereka itu seringkali terbukti tidak benar, misalnya dalam laporan palsu berhubung Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu, namun WSJ terus membuat dakwaan tanpa sebarang bukti.
Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata bukanlah satu kebetulan apabila semua laporan WSJ tentang Malaysia sejak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan kempen Anti-Najib ditulis berdasarkan kepada satu perkara - apa yang mereka dakwa sebagai memetik sumber tanpa nama dan penyiasat tanpa nama.
"Tidak pernah walau sekali pun satu nama disebut bagi kesemua sumber ini. Jika mereka benar-benar wujud, kenapa WSJ tidak memaklumkan kepada rakyat Malaysia siapakah mereka ini?
"Jika tidak, bagaimana mereka harapkan apa yang mereka tulis boleh dipercayai, sedangkan sudah beberapa kali laporan mereka itu dibuktikan tidak benar," kata Salleh.
Artikel terkini WSJ, sekali lagi memetik sumber yang tidak dinyatakan, berkaitan dakwaan pembelian hartanah di London.
Bernama
Fri May 20 2016
SALLEH: Bagaimanapun kami tahu mereka tidak akan menyatakan nama, sebab mereka tidak akan dapat (menyatakannya). -Gambar fail
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pekerja di Kompleks Bersepadu Pengerang ditahan berhubung dakwaan palsu
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat penilaian sebelum membuat apa-apa sumbangan atau derma.
Saman fitnah Hsien Loong: Defendan tidak akan jadi saksi
Kedua-dua pihak masing-masing akan mengemukakan penghujahan bertulis mereka dan mahkamah akan bersidang semula pada 30 Nov.
Salleh bidas kecenderungan WSJ petik sumber tidak dinamakan
"Tidak pernah walau sekali pun satu nama disebut bagi kesemua sumber ini. Jika mereka benar-benar wujud, kenapa WSJ tidak memaklumkan kepada rakyat Malaysia siapakah mereka ini?"
Lelaki dipenjara 24 bulan, denda kerana isytihar diri Imam Mahdi
Mat Alimin Abdullah, 36, didakwa melakukan kesalahan tersebut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Selasa.