Skip to main content

Bisnes

BNM kekalkan OPR 2.75 peratus

51752220595_BankNegaraMalaysia.jpg
MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar dan memberikan sokongan terhadap ekonomi dalam keadaan harga yang stabil, pada tahap OPR semasa.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada mesyuarat hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Menurut Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan BNM, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar dan memberikan sokongan terhadap ekonomi dalam keadaan harga yang stabil, pada tahap OPR semasa.

Advertisement

“MPC mengambil maklum tentang ketidaktentuan yang timbul susulan konflik yang sedang berlaku di Asia Barat. Impak kepada ekonomi global dan Malaysia akan bergantung pada perkembangan situasi ini.

“Ekonomi Malaysia menghadapi cabaran ini daripada kedudukan yang kukuh, dengan pertumbuhan dalam negeri yang mantap, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang teguh dan kedudukan luaran yang berdaya tahan,” katanya.

 

[BERITA LANJUT MENYUSUL]

Must Watch Video