awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salleh, Duta AS bincang isu-isu siber dan media

Bernama
Bernama
15/08/2017
12:40 MYT
Salleh, Duta AS bincang isu-isu siber dan media
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (kanan) menerima kunjungan hormat Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir di Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini. - Foto BERNAMA
Isu-isu berkaitan siber dan media adalah antara perkara yang dibincangkan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir hari ini.
Diplomat Amerika Syarikat itu membuat kunjungan hormat ke atas Salleh di pejabat beliau di Angkasapuri, di sini.
"Kami mengadakan mesyuarat yang sangat berhasil. Ini cuma pertemuan mesra dan saling berkenalan," kata Kamala kepada media selepas mesyuarat tertutup yang berlangsung selama 75 minit.
"Kami pernah bertemu sebelumnya pada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU). Jadi, ini adalah peluang untuk duduk bersama dan berbincang mengenai isu-isu di bawah bidang kuasa beliau (Salleh)," kata Duta AS itu.
Kamala menyandang jawatan sebagai duta Amerika Syarikat yang baharu ke Malaysia pada Januari tahun ini.
Beliau menggantikan Joseph Yun, yang menamatkan perkhidmatan pada Oktober tahun lepas setelah tiga tahun menjawat jawatan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kamala Shirin Lakhdhir
#Media
#Salleh Said Keruak
#Siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan