KOTA KINABALU: Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali menasihatkan pengguna agar membuat aduan segera berhubung isu kenaikan harga beras tempatan yang termasuk dalam harga kawalan di pasaran dan isu-isu berkaitan bagi memudahkan pihak penguat kuasa mengambil tindakan.
Beliau berkata aduan yang dikemukakan itu perlu disertakan maklumat lengkap dan terperinci bagi memudahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat semakan sebelum tindakan lanjut diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab terbabit.
"Kalau setakat tular gambar dan video tetapi tiada maklumat, mungkin dalam tempoh kita (KPDN) kami mencari maklumat, pihak yang melakukan kesalahan akan bertindak menyembunyikan (kesalahan).
"Saya harapkan kita dapat kerjasama daripada masyarakat. Lebih banyak aduan, lebih kita suka kerana inilah fungsi dan tanggungjawab KPDN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Sabah di sini hari ini.
Armizan berkata KPDN telah menerima 142 aduan mengenai kenaikan harga beras di seluruh negara menerusi Op Jamin yang dilancarkan pada Julai lepas.
Di Sabah, Armizan berkata sebanyak 295 pemeriksaan telah dilakukan sejak Julai ke atas premis perniagaan sebagai usaha memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga beras hingga membebankan pengguna.
Beliau berkata kementerian juga telah menubuhkan Unit Risikan Perniagaan berkuat kuasa pada 1 Sept lepas yang antara lain untuk bertindak terhadap aduan yang berkaitan, selain melakukan risikan awal bagi mengekang isu kartel dalam rantaian bekalan.
Mengulas mengenai jelajah mini karnival itu, beliau berkata ia dianjurkan bertujuan menggalakkan rakyat Sabah supaya memberi keutamaan kepada barangan buatan tempatan, selain ia juga adalah inisiatif kerajaan menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).
"Pelaksanaan KBBM pada tahun ini adalah langkah tepat kerajaan melalui KPDN dalam meneruskan usaha memartabatkan barangan Malaysia ketika isu peningkatan kos sara hidup dan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada ketika ini," katanya.
Jelajah mini karnival itu berlangsung hingga esok melibatkan pempamer yang menawarkan pelbagai keunikan produk tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Beliau berkata aduan yang dikemukakan itu perlu disertakan maklumat lengkap dan terperinci bagi memudahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat semakan.- Gambar fail/Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok
Cadangan menjadikan NAFAS sebagai alternatif pengimport beras serta pengeluar beras putih tempatan akan dibentangkan dalam mesyuarat NACCOL esok.
Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sabah, Pulau Pinang umum kadar zakat fitrah
Tiga negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan kadar zakat fitrah masing-masing yang ditentukan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam.
Isu harga padi, beras akan dimuktamadkan 20 Mac ini - PM
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi tempoh sehingga 20 Mac ini untuk memuktamadkan isu harga padi dan beras.
Harga kawalan beras akan dibincang dalam mesyuarat NACCOL - PM Anwar
PM yakin harga beras boleh dikurangkan sekali gus dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Kerajaan akan kaji harga beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Kerajaan akan mengkaji harga beras putih tempatan (BPT) yang ditetapkan pada RM2.60 sejak tahun 2008.
Cadangan pecah monopoli beras perlu perbincangan bersama - Mat Sabu
Sebarang cadangan untuk memecahkan monopoli beras perlu dibincangkan bersama kementerian dan agensi berkaitan sebelum keputusan dibuat.
KPDN tambah tenaga kerja pantau bekalan beras
KPDN meningkatkan tenaga kerja untuk tugas pemantauan bagi menambah baik Op Jamin yang menumpukan kepada pemantauan bekalan dan harga beras.
Jualan Rahmah: Komitmen segera kerajaan atasi krisis beras - Persatuan pengguna
Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat.
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok - Fuziah
Usaha itu adalah bagi membantu rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga beras tempatan.