awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saluran baru GOASEAN berpotensi tingkatkan industri pelancongan - Najib

Astro Awani
Astro Awani
02/06/2015
08:48 MYT
Saluran baru GOASEAN berpotensi tingkatkan industri pelancongan - Najib
Najib Tun Razak merasmikan saluran GOASEAN di All Asia Broadcast Centre, Bukit Jalil pada Selasa - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Saluran baru Astro GOASEAN (HD) dijangka membuka potensi pertumbuhan signifikan di sektor-sektor pelancongan di rantau Asia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, saluran itu juga bertujuan menjadikan ASEAN sebagai model destinasi pelancongan tunggal selepas kejayaan Eropah.
Ia bertepatan dengan jangkaan negara-negara ASEAN bakal menjana Keluar Dalam Negara Kasar (KDNK) tergabung sebanyak US$3 trilion menjelang 2017.
"Dalam jangka masa panjang, inisiatif terbaru Astro ini akan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk terus melabur dalam pelbagai sudut ekonomi Negara.
"Selain akan meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan, mempromosi kembara sesama anggota ASEAN dan meningkatkan rasa kekitaan ke atas tarikan santai yang dimiliki ASEAN,” kata Najib.
Saluran baru GOASEAN berpotensi tingkatkan industri pelancongan - Najib
GOASEAN
Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan saluran GOASEAN (HD) sambil diperhatikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng dan Pengerusi Astro Tun Zaki Tun Azmi - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Najib turut merasmikan saluran GOASEAN hari ini di All Asia Broadcast Centre, Bukit Jalil.
Turut hadir di majlis perasmian ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng dan Pengerusi Astro Tun Zaki Tun Azmi.
GOASEAN memberi tumpuan tempat-tempat menarik, pusat beli-belah, kebudayaan dan keunikan 10 negara anggota ASEAN iaitu iaitu Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Saluran ini bersiaran secara rasmi hari ini dengan menampilkan pengacara antaranya adalah Jonathan Putra dan Amelia Henderson.
GOASEAN juga menyediakan khidmat penempahan tiket penerbangan dan hotel dengan kerjasama Sri Suria Travel di portal rasminya, GOASEAN.com.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro 737
#GoAsean
#Najib Tun Razak
#PM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan