awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saluran WiFi Sementara SMA di Sarawak kini siap 50 peratus

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
03/03/2021
07:16 MYT
Saluran WiFi Sementara SMA di Sarawak kini siap 50 peratus
Walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19, projek WS yang juga sebahagian inisiatif telekomunikasi saluran SMA tetap berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. FOTO: SMA
KUCHING: Saluran Wifi Sementara (WS) menerusi inisiatif Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang bermula awal Februari lalu telah siap 50 peratus.
Inisiatif itu bakal memberi manfaat kepada 102 komuniti luar bandar yang sebelum ini mengalami masalah rangkaian internet.
Menerusi kenyataan media Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Dr Zaidi Razak, 200 Terminal Aperture Sangat Kecil (VSAT) dijangka siap pada penghujung Mac 2021 dan memberikan akses internet percuma satu gigabyte (GB) kepada pengguna Sarawak ID.
Dalam perkembangan sama, 102 komuniti luar bandar di sepanjang kawasan Lundu-Subis, dan Mukah-Baram telah menikmati perkhidmatan jalur lebar satelit.
Menurutnya projek WS merangkumi pemasangan VSAT ke kawasan pedalaman sebagai penyelesaian interim untuk projek pembinaan 300 menara telekomunikasi pertama di seluruh negeri.
"Pemilihan lokasi VSAT ditentukan berdasarkan lokasi 300 menara yang pertama dan setelah menara tersebut boleh digunakan, VSAT akan dikerahkan ke lokasi lain yang memerlukannya.
"Pengguna yang mempunyai Sarawak ID akan mendapat akses Internet 1 GB percuma selama sebulan untuk perkhidmatan WS,” katanya.
Walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19, projek WS yang juga sebahagian inisiatif telekomunikasi saluran SMA tetap berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
“Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, pihak berkuasa berjaya mengatasi semua cabaran untuk mempercepatkan projek ini,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#VSAT Sarawak
#Saluran Wifi Sementara
#Lembaga Multimedia Sarawak
#Sarawak ID
#COVID-19 di Sarawak
#liputan internet di Sarawak
#akses internet di Sarawak
#vsat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan