MH17
Gambar pesawat 9M-MRD atau lebih dikenali dengan nama MH17 -Gambar AP

NAMA SEBENARNYA ialah 9M-MRD tetapi sejak 17 Julai yang lalu seluruh dunia lebih mengenalinya dengan nama MH17.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu adalah yang ke-84 dikeluarkan oleh syarikat pembuat kapal terbang Boeing.

Ia mula terbang pada 17 Julai 1997.

Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dilaporkan terhempas dipercayai ditembak jatuh.

Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada 12:15 tengah hari Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada 6:10 petang Jumaat, waktu Malaysia.

Sehingga penerbangannya yang terakhir, 9M-MRD telah merekodkan jumlah penerbangan selama 43,000 jam.

Inilah antara rakaman video yang menunjukkan keunggulan pesawat itu semasa hayatnya: