awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAM gesa Kerajaan Pahang hentikan aktiviti perlombongan di Tasik Chini

Bernama
Bernama
11/06/2021
01:47 MYT
SAM gesa Kerajaan Pahang hentikan aktiviti perlombongan di Tasik Chini
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang memaklumkan, tahap kualiti air di Tasik Chini masih bersih dan selamat untuk semua hidupan. - Foto pahang.gov.m
KUALA LUMPUR: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan segera dengan menghentikan semua aktiviti perlombongan di tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini dan kawasan sekitarnya.
Presiden SAM Meenakshi Raman berkata hanya dengan komitmen kerajaan negeri sahaja yang mampu menyelamatkan Tasik Chini, Pekan daripada terus mengalami kemusnahan ekosistemnya.
"Antara tindakan segera lain yang perlu dilakukan ialah empangan kecil yang menjejaskan ekosistem semula jadi Tasik Chini hendaklah dirobohkan.
"Tindakan selanjutnya, SAM turut menggesa kerajaan negeri mewartakan keseluruhan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan perlindungan kerana ia merupakan satu daripada kawasan sensitif alam sekitar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri tidak memberikan komitmen terhadap isu berkenaan, turut dikhuatiri pengisytiharan Tasik Chini sebagai rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada Mei 2009, berkemungkinan akan ditarik balik.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang semalam memaklumkan, tahap kualiti air di Tasik Chini masih bersih dan selamat untuk semua hidupan.
Isu membabitkan Tasik Chini tiba-tiba tular di media sosial baru-baru ini, yang memaparkan gambar keadaan 'terkini' tasik berkenaan yang didakwa terancam berikutan aktiviti perlombongan dan ia telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat termasuk Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa ia merupakan gambar lama yang dirakam dua tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Unesco
#media sosial
#Tasik Chini
#SAM
#sensitif
#perlombongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan