KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini membuat banyak serangan umum yang tidak berasas semata-mata untuk melemahkan kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan.
Anwar berkata keseluruhan kandungan ucapannya di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: "Perlaksanaan Sebuah Idealisme" pada 18 Mac lepas adalah tindak balas yang relevan terhadap serangan, pernyataan dan kelakuan Dr Mahathir terhadapnya.
"Dalam hal ini, saya berhak untuk menyangkal serangan yang tidak berasas terhadap watak, integriti dan niat baik saya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan saya," kata Anwar dan menambah bahawa tidak ada maksud fitnah yang timbul dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.
Presiden PKR itu berkata demikian dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan menerusi Tetuan Thomas Philip di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam bagi menjawab saman yang difailkan Dr Mahathir terhadapnya.
Anwar berkata saman Dr Mahathir terhadapnya juga untuk mewujudkan perpecahan kaum berikutan pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.
Anwar berkata ini terbukti oleh Sijil Perakuan Segera bertarikh 3 Mei lepas difailkan Dr Mahathir yang menyatakan bahawa tindakan samannya mesti dilupuskan secepat mungkin berikutan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah akan menghadapi PRN.
Dalam penyataan pembelaanya, Anwar turut membangkitkan mengenai pemberian kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn Bhd, yang anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz adalah pengarah syarikat tersebut pada 30 Mac 1994 hingga 14 Okt 2009.
Menurut Anwar, pada 15 Sept 2003, Telekom Malaysia Berhad telah mengeluarkan surat kepada Kementerian Kewangan untuk meminta antara lain kebenaran untuk mengadakan rundingan terus dengan Opcom bagi pembekalan kabel fiber optik bernilai RM214.2 juta.
Beliau berkata Telekom adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan dengan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) memegang satu saham khas yang memberikan MKD kuasa untuk menolak keputusan lembaga serta keputusan pemegang-pemegang saham lain.
"MKD berada di bawah kawalan dan arahan plaintif kerana beliau adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Pada 7 Okt 2003, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat untuk meluluskan permohonan Telekom untuk rundingan terus. Selepas itu, rundingan terus yang berkaitan antara Telekom dan Opcom telah berlaku antara Oktober dan November 2003," katanya.
Menurut Anwar, sebuah lagi syarikat berkaitan dengan ahli keluarga plaintif iaitu Opcom Cables Sdn Bhd telah diberikan kontrak bernilai RM11.157 juta oleh Telekom pada 14 Mei 2018 bagi pemasangan dan pemulihan perkhidmatan Unifi.
Beliau mendakwa kontrak rakan Unifi itu diberikan kepada Opcom Cables empat hari setelah Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ketujuh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 10 Mei 2018.
"Kontrak tersebut juga telah diberikan sebelum pembentukan jemaah menteri baharu dan tanpa kelulusan mereka. Menteri-menteri kabinet hanya mengangkat sumpah pada 2 Julai 2018," katanya.
Anwar berkata sebuah lagi syarikat milik ahli keluarga Dr Mahathir iaitu Kencana Petroleum Berhad telah menerima US$220 juta (RM836 juta) daripada Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC) atau Petronas untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 1998.
Defendan berkata transaksi-transaksi itu berlaku di bawah bidang kuasa atau arahan Dr Mahathir semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Dalam saman yang difailkan pada 3 Mei lepas, Dr Mahathir mendakwa pada 18 Mac 2023, Anwar memberikan ucapan di kongres berkenaan di Stadium Melawati, Shah Alam dan telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasi plaintif.
Menurut Dr Mahathir antaranya kenyataan kononnya plaintif 'membolot' harta untuk diberikan kepada anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu yang berpangkat tinggi.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am berjumlah RM50 juta, ganti rugi teladan berjumlah RM100 juta dan perintah supaya defendan dengan serta-merta menarik balik kesemua kenyataan-kenyataan fitnah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Anwar berkata saman Dr Mahathir terhadapnya juga untuk mewujudkan perpecahan kaum berikutan pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang. - Gambar fail
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.
Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
Mengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.
Tanggungjawab kerajaan Sarawak bantu rakyat sendiri - Premier Abang Johari ulas kenyataan Tun M
Tanggungjawab kerajaan Sarawak ialah membantu rakyatnya untuk meningkatkan pendapatan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kesihatan Tun Mahathir semakin baik
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin baik.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.