MELAKA: Tindakan saman akan dikenakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim.
Beliau berkata pemeriksaan ketat di semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri akan dipertingkatkan dan hanya mereka yang mempunyai dokumen kebenaran rentas negeri yang lengkap dan diluluskan dibenar meneruskan perjalanan.
"Saya percaya hujung minggu ini akan terdapat peningkatan pergerakan di jalan atau lebuh raya untuk pulang ke kampung bagi meraikan hari pertama Ramadan memandangkan tahun lepas mereka tidak dapat pulang kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
"Sekiranya anggota atau pegawai polis mengesan individu cuba merentas negeri untuk balik ke kampung, tiada nasihat lagi...ambil tindakan terus," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Satu Taman Satu Polis Dan Fokus Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka 2021 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata pertambahan jumlah SJR juga akan dilakukan bergantung kepada jumlah harian kes positif COVID-19 yang dilaporkan dan setakat ini sebanyak 30 hingga 35 SJR dilaksanakan di setiap pintu keluar dan masuk serta sempadan negeri di seluruh negara.
"Sekiranya jumlah kes positif COVID-19 meningkat, kita akan tambah SJR dalam usaha meminimumkan pergerakan individu atau kenderaan agar penularan COVID-19 dapat dikekang," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Program Satu Taman Satu Polis akan diperluaskan di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar dalam usaha memberikan perkhidmatan berkualiti dan meningkatkan kelestarian tahap keselamatan di kawasan taman terlibat.
Program itu, katanya, dijangka dapat memberi impak positif dalam aspek keselamatan komuniti sekali gus menurunkan kadar jenayah di kawasan terlibat.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata Program Satu Taman Satu Polis bagi fasa pertama melibatkan tujuh taman iaitu tiga di daerah Melaka Tengah dan masing-masing dua taman di Alor Gajah dan Jasin.
Beliau berkata bagi daerah Melaka Tengah, taman terlibat ialah Taman Cempaka, Taman Merdeka Jaya dan Taman Bukit Katil Damai 2 manakala di daerah Alor Gajah pula ialah Taman Samarinda dan Taman Bandar Baru Masjid Tanah sementara di Jasin ialah Taman Asia Selatan Jasin serta Taman Seri Sempang Merlimau.
"Kajian impak program ini akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan selepas ia dilaksanakan dan sekiranya ia dilihat memberi impak positif, fasa kedua akan dilaksanakan melibatkan 20 lagi taman perumahan di sekitar negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021

Zainal Abidin berkata, pemeriksaan ketat di semua SJR di sempadan negeri akan dipertingkatkan. - Gambar fail/ Astro AWANI
PM Anwar terima tabik hormat daripada 31 kapal pada acara Fleet Review
Beliau yang sebelum itu merasmikan upacara pembukaan sektor maritim LIMA'25 disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di atas Kapal Diraja (KD) Perantau yang merupakan sebagai platform utama acara tersebut.
Tumpuan Rabu – 21 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2025)
Qatar nafi cuba pengaruhi Trump melalui tawaran jet mewah
Penafian itu dibuat sehari selepas senat Amerika Syarikat membentangkan rang undang-undang menghalang mana-mana pesawat asing daripada digunakan sebagai Air Force One.
Tiga pelajar cedera ditikam di sekolah Finland
Sekurang-kurangnya tiga pelajar cedera ditikam di sebuah sekolah di selatan Finland pada Selasa, menurut pihak berkuasa.
[TERKINI] UK gantung rundingan perdagangan dengan Israel
Setiausaha Luar, David Lammy mengumumkan pada Selasa Britain menghentikan rundingan perdagangan bebas dengan Israel, susulan tindakan kejam rejim zionis di Gaza.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Pengunjung teruja saksikan aksi pembukaan yang memukauV
Hampir 300 pengunjung menjadi saksi persembahan memukau di langit Pulau Langkawi sempena penganjuran LIMA'25 kali ini.

Konflik Gaza: UK henti rundingan perjanjian bebas dengan Israel
Setiausaha Luar Britain, David Lammy, mengumumkan United Kingdom menghentikan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel.
'Kalau saya menang, saya mungkin mati terkejut' - Rafizi
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mengakui beliau akan kalah dalam pemilihan parti itu minggu ini, meskipun kempen berjalan dengan baik dan mendapat sokongan.
[TERKINI] Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Pakistan, Bangladesh, India dan Sri Lanka sambut Aidilfitri pada Isnin
Umat Islam di Bangladesh, Pakistan, India dan Sri Lanka akan menyambut Aidilfitri hari ini.

Hajiji ajak rakyat Sabah bersama kekalkan perpaduan, keharmonian
Dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2025, Ketua Menteri meminta semua pihak bersama-sama membangunkan Sabah sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Aidilfitri: KPDN jamin bekalan kelapa mencukupi
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis memberi jaminan bekalan kelapa di negeri itu mencukupi bagi kegunaan sepanjang musim Aidilfitri.

Pusat Pemborong Nilai 3 'hidup' kembali, ramai datang beli persiapan Aidilfitri
Peniaga mengakui jumlah pelanggan dan pendapatan meningkat sepanjang Ramadan.

JDT santuni anak yatim buka puasa di Stadium Sultan Ibrahim
Bersempena bulan Ramadan, gergasi Liga Super Malaysia, JDT berkesempatan menyantuni anak-anak yatim dengan menyediakan jamuan berbuka puasa di Stadium Sultan Ibrahim.

LTAT aktifkan sukarelawan Jalinan Wira, perkukuh komitmen terhadap pencarum
Bagi menghargai jasa anggota ATM, serta selari aspirasi Malaysia Madani, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah mengaktifkan pasukan sukarelawan Jalinan Wira.

Amalan 10 hari terakhir Ramadan yang tak patut ditinggalkan
Dalam fasa ketiga bulan mulia ini, terdapat satu malam yang begitu istimewa dipanggil sebagai lailatulqadar.

Polis Abu Dhabi beri amaran tentang penipuan berkaitan Ramadan di media sosial
Polis juga memberi amaran terhadap pautan amal palsu di media sosial yang menyamar sebagai organisasi yang sah.

JAKIM anjur solat hajat solidariti Palestin hingga akhir Ramadan
JAKIM akan menganjurkan solat hajat setiap malam di tiga masjid utama di bawah seliaannya bermula hari ini hingga akhir Ramadan.

Masih ada fitnah terhadap PM Anwar walaupun Ramadan - Setiausaha Akhbar Kanan
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, tohmahan berkenaan juga dibuat walaupun ketika pada bulan Ramadan.