awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS sambut baik peranan Turki dalam proses damai Azerbaijan-Armenia

Bernama
Bernama
15/12/2023
05:58 MYT
AS sambut baik peranan Turki dalam proses damai Azerbaijan-Armenia
Ankara gembira dengan rundingan damai yang sedang berlangsung antara Azerbaijan dan Armenia serta peluang untuk keamanan telah berkembang dengan ketara dan kini tidak dapat dielakkan. - Gambar fail/ AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menyambut baik peranan produktif Turki dalam menyelesaikan konflik antara Azerbaijan dan Armenia susulan lawatan Menteri Luar Turki Hakan Fidan ke Baku.
Jurucakap Jabatan Negara AS Matthew Miller membuat kenyataan itu sebagai respons kepada soalan oleh Agensi Anadolu (AA).
"Kami bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh menteri luar bahawa keamanan adalah mungkin dan kami akan menyokong perbincangan antara kedua-dua pihak untuk mencapainya," kata Miller, lapor AA.
Menurut Miller konflik itu adalah sebahagian daripada perbualan dalam semua perbincangan antara Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan Fidan.
"Ini adalah perkara yang kerap mereka bincangkan apabila mereka sama ada bertemu secara peribadi atau apabila mereka bercakap melalui telefon," katanya.
Sementara itu semasa lawatannya ke Baku, Fidan pada Khamis berkata Ankara gembira dengan rundingan damai yang sedang berlangsung antara Azerbaijan dan Armenia serta peluang untuk keamanan telah berkembang dengan ketara dan kini tidak dapat dielakkan.
Azerbaijan dan Armenia bertukar tawanan perang pada Rabu selepas kedua-dua negara minggu lalu bersetuju untuk membebaskan tahanan secara bersama dalam langkah ke arah keamanan.
Azerbaijan pada Rabu mengumumkan bahawa ia membebaskan seramai 32 askar Armenia sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan.
Kenyataan Suruhanjaya Negara Azerbaijan mengenai Tawanan Perang, Tebusan dan Orang Hilang berkata pertukaran bersama berlaku di wilayah sempadan Gazakh dengan Armenia turut menyerahkan dua askar Azerbaijan.
Kenyataan itu memaklumkan tentera Armenia dibebaskan selepas keadaan kesihatan mereka diperiksa oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah dan keadaan mereka disahkan memuaskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turki
#konflik Armenia-Azerbaijan
#Amerika Syarikat
#rundingan damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan