awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini

Bernama
Bernama
20/04/2024
02:10 MYT
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Kemeriahan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan hari ini bakal menyaksikan masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur hadir bersama-sama memeriahkan sambutan dalam suasana harmoni di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.
Bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan', sambutan julung kali diadakan di Negeri Bawah Bayu itu menjadi wadah memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, selain peluang untuk pemimpin bertemu serta beramah mesra dengan rakyat.
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai khususnya warga bandar raya Kota Kinabalu seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir bagi menyerikan lagi majlis itu pada pukul 11.45 pagi, sebelum ia dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 12.30 tengah hari.
Turut dijadual hadir bagi memeriahkan sambutan ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Majlis dianjurkan dengan kerjasama kerajaan Sabah selaku tuan rumah dan Kementerian Perpaduan sebagai peneraju acara sekali gus menandakan bermulanya Jelajah Kembara Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 yang bakal disambut pada Mei ini.
Sabah adalah antara tujuh negeri dipilih bagi menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama Perdana Menteri, selain penganjuran di peringkat negeri melibatkan Johor (18 April), Melaka (22 April), Kelantan (2 Mei), Kedah (4 Mei), Pulau Pinang (5 Mei) dan Terengganu pada 9 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024
#Anwar Ibrahim
#uhar Mahiruddin
#Perpaduan Melalui Perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan