awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Aidilfitri Madani di 8 negeri, bermula di Melaka

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/03/2025
09:04 MYT
Sambutan Aidilfitri Madani di 8 negeri, bermula di Melaka
Majlis tersebut dianjurkan bersama-sama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebagai tuan rumah - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di lapan negeri bermula di Melaka, yang menjadi penganjuran peringkat kebangsaan pada 5 April depan.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berkunjung ke lapan negeri terbabit bagi meneruskan tradisi berkenaan.
Dia berkata, majlis tersebut dianjurkan bersama-sama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebagai tuan rumah.
"Untuk tahun ini, Perdana Menteri akan berkunjung ke lapan negeri bermula dengan Melaka yang juga diangkat sebagai penganjuran Peringkat Kebangsaan pada 5 April (Sabtu); Selangor pada 6 April (Ahad); dan Pahang pada 11 April (Jumaat).
"Selain itu, Kelantan dan Pulau Pinang pada 12 April (Sabtu); Sarawak pada 19 April (Sabtu); Perak pada 25 April (Jumaat); dan Perlis pada 27 April (Ahad)," katanya dalam sesi taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis.
Katanya, perincian lanjut terkait lokasi akan dimaklumkan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri, selaku sekretariat induk Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025.
Justeru, Perdana Menteri menjemput semua rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya untuk bersama-sama hadir pada sambutan Aidilfitri Madani 2025.
Selain itu, Tunku Nashrul menambah, ia juga adalah wadah penting untuk semua pihak meredakan suhu ketegangan antara kaum dan agama, dan menghormati serta meraikan perbezaan menerusi interaksi antara rakyat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kerajaan Persekutuan
#Sambutan Aidilfitri MADANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan