PUTRAJAYA: Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka pada 31 Dis ini dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Oleh kerana keadaan banjir dan kesusahan rakyat, kita putuskan sambutan besar-besaran ambang Tahun Baharu 31 Disember di Dataran Merdeka dibatalkan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di sini hari ini.
Anwar berkata mesyuarat Kabinet hari ini memberi tumpuan soal banjir di Kelantan dan Terengganu dan beliau sendiri akan turun ke Kelantan bagi meninjau keadaan di sana petang ini.
Menurutnya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah sampai di kedua-dua negeri berkenaan dan memantau serta mengambil beberapa tindakan segera, dan telah melaporkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat tadi.
"Saya akan ke Kelantan dan pengumuman (berkaitan) banjir akan diumumkan di sana setelah mendengar pandangan di lapangan dan kerajaan negeri," katanya
Anwar berkata mesyuarat Kabinet juga ada membincangkan sepintas lalu mengenai perkembangan di Parlimen dua hari lepas berhubung usul percaya yang dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin lepas.
Ahli Parlimen Tambun itu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10 apabila usul percaya itu diluluskan dengan undian suara selepas dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan disokong seorang lagi Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid.
"Kita boleh tumpu sekarang soal kerja, menjana pertumbuhan ekonomi dan lebih pesat, kerana mandat yang diberikan itu jelas," katanya yang mengucapkan terima kasih kepada Fadillah yang membentangkan usul yang diterima baik.
"Hampir sebulat suara pada hari berkenaan (dan) walaupun kalau ada pengundian, undi dua pertiga itu memang terjamin. Jadi saya ambil kesempatan ucap terima kasih pada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan, dan kebetulan dalam kes ini tidak ada yang bantah dari pihak pembangkang," katanya.
Beliau berkata mandat besar yang diterima adalah untuk kerajaan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap menjamin tata kelola pemerintahan dan urus tadbir yang lebih berkesan untuk manfaat kebajikan rakyat dan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir, kata Anwar.- Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).