awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan BKM beri penekanan perkukuhkan institusi keluarga

Bernama
Bernama
05/11/2021
21:00 MYT
Sambutan BKM beri penekanan perkukuhkan institusi keluarga
Oktober lalu, Perdana Menteri merasmikan prapelancaran Keluarga Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sambutan Bulan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Taman Botani Perdana pada Ahad (7 Nov) akan memberikan penekanan dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan yang dilihat semakin rendah dalam kalangan masyarakat susulan penularan wabak COVID-19.
Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Mastura Mohamad Darby berkata hasil kajian mendapati tahap kesejahteraan keluarga Malaysia kini berada di peringkat sederhana semasa tempoh pandemik ini.
"Satu kajian telah dibuat oleh pakar yang menunjukkan kesejahteraan keluarga di Malaysia berada pada tahap sederhana iaitu 70.72 peratus. Sementara kadar terendah pula pada 59.5 peratus yang mempunyai sokongan sosial rendah daripada ahli keluarga," katanya dalam rancangan "Malaysia Petang Ini" diterbitkan BernamaTV pada Jumaat.
Dalam pada itu, Mastura berkata fasa endemik kini merupakan detik yang sesuai untuk mengeratkan semula hubungan kekeluargaan selari dengan sambutan BKM bertemakan 'Cintakan Keluarga' dengan matlamat menerapkan elemen kasih sayang, akhlak, selamat, berilmu dan harmoni.
"Kita sudah melalui satu jangka masa yang memberi penekanan kepada keluarga akibat COVID-19. Jadi pada bulan ini khususnya dalam fasa endemik, sedikit sebanyak memberi ruang kepada masyarakat untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga," katanya.
Beliau berkata pelbagai program disediakan hari pelancaran itu BKM dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi antaranya program senam ria, ruang pameran aktiviti dan berkelah secara santai bersama keluarga.
Mastura turut menasihati masyarakat agar terus menyemarakkan semangat kekeluargaan dengan menerapkan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga di rumah sepanjang masa.
Ogos lepas, Ismail Sabri melancarkan konsep Keluarga Malaysia yang bertunjangkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
Konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri Kesembilan itu menerusi ucapan sulungnya selepas dilantik menerajui tampuk kerajaan pada 22 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bulan Keluarga Malaysia
#Institusi kekeluargaan
#tahap kesejahteraan keluarga Malaysia
#Mastura Mohamad Darby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan