KLANG: Pergaduhan dua kumpulan di sebuah restoran di Bandar Baru Klang, di sini, pada Selasa, dipercayai berpunca daripada salah seorang daripada mereka membuat bising ketika sambutan hari jadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, dalam kejadian pada jam 1 pagi itu, beberapa pelanggan di restoran tersebut turut cedera dan telah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.
"Siasatan mendapati kejadian berlaku selepas enam individu yang sedang menyambut hari jadi salah seorang daripada rakan mereka telah membuat bising di restoran tersebut.
"Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga menimbulkan suasana tegang sehingga mencabar antara satu sama lain sebelum suspek memanggil kira-kira 20 orang rakannya," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Vijaya Rao berkata, pergaduhan kemudiannya berlaku, mereka turut menyerang pelanggan lain yang sedang makan dalam restoran tersebut.
"Beberapa suspek yang terlibat dalam pergaduhan ini telah dikenal pasti polis dengan ada antaranya pernah ditangkap sebelum ini," katanya.
Beliau berkata, usaha mengesan bukti dan semakan kamera litar tertutup sedang dijalankan bagi mengesan suspek lain yang terlibat dalam kejadian itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 06 2023
Keadaan sebuah restoran di Bandar Baru Klang, selepas kejadian dua kumpulan bergaduh, pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
3 diburu kes pergaduhan dua kumpulan warga Pakistan di Penampang
Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati kedua-dua pihak dan terdapat tiga suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu sedang diburu.
Polis buru empat lagi individu kes rusuhan
Pada masa ini seramai enam lelaki berusia 22 hingga 35 tahun sudah ditahan untuk membantu siasatan.
Anggota polis cedera diserang dalam pergaduhan ketika perarakan keagamaan
Bagaimanapun berlaku pentengkaran di antara dua kumpulan mengenai pemasangan khemah yang akhirnya membawa kepada pergaduhan dengan menggunakan senjata parang.