awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Krismas, 210 pelajar Perak cipta rekod dalam MBOR

Bernama
Bernama
28/12/2024
03:15 MYT
Sambutan Krismas, 210 pelajar Perak cipta rekod dalam MBOR
Persembahan itu diadakan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, di sini, malam tadi. - Gambar/ Majlis Bandaraya Ipoh
IPOH: Seramai 210 pelajar sekolah rendah dan menengah dari Perak berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori 'Most Chinese Orchestra Performers in a Christmas Festival'.
Persembahan itu diadakan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, di sini, malam tadi.
Plak pengiktirafan MBOR disampaikan oleh wakilnya, Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah kepada Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.
Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan dan Orkestra Cina Ipoh Kok Sing Yee, ketika ditemui pemberita, berkata latihan selama tiga hari telah dijalankan sebelum persembahan itu diadakan.
"Sebanyak 20 peralatan muzik tradisional Cina digunakan untuk persembahan tersebut, antaranya seruling, gendang, gong, dan banyak lagi," katanya.
Sementara itu, Rumaizi dalam ucapannya berkata pengiktirafan oleh MBOR itu dapat membantu bandar raya Ipoh mempromosikan sektor pelancongan dan membangunkan ekonomi tempatan.
"Pengiktirafan ini juga dilihat dapat menggalakkan generasi muda untuk menyertai aktiviti sihat serta mendatangkan faedah.
"Saya berharap warga kota Ipoh dan pertubuhan-pertubuhan dapat mengadakan atau menganjurkan program seumpama ini bagi menarik lebih ramai pelancong ke bandar raya Ipoh, di samping memberi peluang kepada warga Ipoh untuk memperkenalkan seni dan budaya ke peringkat antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mbor
#persembahan krismas
#Perak
#rekod malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan