KUCHING: Rakyat Sarawak digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 menjelang sambutan Krismas esok, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata perayaan Krismas pada bulan ini menyaksikan peningkatan semula kes COVID-19 di negeri ini.
Beliau berkata berdasarkan pemantauan, peningkatan kes adalah disebabkan kehadiran subvarian HK.3 dan JN.1.
"Kes positif di negeri ini telah mencetuskan kebimbangan dengan 631 kes direkodkan dari 10 hingga 16 Dis. Sebanyak 310 kes pada minggu sebelumnya, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 103.5 peratus.
"Jadi setiap individu perlu berjaga-jaga terutama golongan warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai komorbiditi. Jangan benarkan COVID-19 menjadi 'Grinch' yang akan mencuri kegembiraan Krismas anda. Amalkan pematuhan prosedur operasi standard bagi mengelak jangkitan dan penularan," katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas.
Pada 21 Dis lepas, Uggah berkata kerajaan Sarawak memperuntukkan RM4.85 juta sebagai persediaan menghadapi peningkatan kes COVID-19 di negeri ini dengan pembiayaan berkenaan bagi membantu Jabatan Kesihatan Sarawak memperkukuh keupayaan mereka dalam bersedia dan mengatasi trend peningkatan kes COVID-19.
Beliau berkata peruntukan berkenaan antaranya dikhususkan untuk membina hospital lapangan di Kuching dan pembelian ubat antiviral Paxlovid.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata perayaan Krismas pada bulan ini menyaksikan peningkatan semula kes COVID-19 di negeri ini. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 Jun 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
- Kes Bunuh Zayn Rayyan: Keterangan tidak konsisten antara faktor reman ibu bapa disambung
- Bapa tak bagi duit belanja, ibu ugut bunuh anak
- Kerajaan sedang sediakan Agenda Negara Menua
- Kes Bunuh Zayn Rayyan: Keterangan tidak konsisten antara faktor reman ibu bapa disambung
- Bapa tak bagi duit belanja, ibu ugut bunuh anak
- Kerajaan sedang sediakan Agenda Negara Menua
SJKC: Realiti bagi pelajar bukan Cina
Bagi murid-murid bukan Cina, memasuki sekolah rendah Cina diibaratkan seperti berada dalam 'persekitaran yang asing.'
Balai Seni Negara Langkawi tawar pengalaman pelancongan seni dan budaya
Usaha menarik potensi lebih ramai pelawat ke Langkawi bakal dilakukan dengan memanfaatkan seni dan budaya, sebagai tarikan utamanya.
Kelebihan atau kekurangan? Cabaran besar murid bukan Cina
Peningkatan murid bukan Cina di sekolah rendah Cina dipengaruhi beberapa faktor antaranya ibu bapa percaya bahawa belajar bahasa Cina akan memberi lebih banyak peluang; pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti tinggi; disiplin dalam kalangan murid; serta nilai ekonomi bahasa Cina yang lebih besar.
SJKC: Kelebihan atau kekurangan? Cabaran besar murid bukan Cina
Adakah ibu bapa bukan Cina akan tetap menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah Cina untuk memberi kelebihan atau berdepan cabaran?
PN guna semua saluran dekati pengundi Sungai Bakap - Sanusi
Meskipun terdapat kekangan dan sekatan daripada Kerajaan Perpaduan, ia tidak akan melemahkan semangat PN mendekati pengundi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin Sepanyol 'jadi' korban Palestin
Ratusan penunjuk perasaan berbaring di atas tanah di luar muzium seni moden Guggenheim Bilbao pada Sabtu.
Ia adalah sebagai satu bentuk protes dengan menyerupai mangsa yang terkorban akibat keganasan dan genosid yang dilakukan rejim Zionis ke atas penduduk Gaza.
Ia adalah sebagai satu bentuk protes dengan menyerupai mangsa yang terkorban akibat keganasan dan genosid yang dilakukan rejim Zionis ke atas penduduk Gaza.
Aktivis pro-Palestin tunjuk perasaan di hadapan White House
Aktivis pro-Palestin di Washington DC. menuntut penamatan perang di Gaza dan sokongan Amerika terhadap Israel dengan membantah di luar White House pada Sabtu.
210 penduduk Gaza maut dan 400 cedera dalam serangan dahsyat Israel
Sekurang-kurangnya 210 rakyat Palestin terbunuh dan kira-kira 400 cedera dalam serangan Israel ke atas kem pelarian al-Nuseirat di tengah Gaza dalam mis israel menyelamatkan tawanan
Israel tingkatkan serangan, empat tawanan Israel diselamatkan
Tentera Israel telah menyelamatkan empat tawanan dari tengah Gaza ketika tenteranya meningkatkan serangannya di seluruh wilayah Gaza yang dikepung dan dibom
Sambutan Krismas terjejas, 120 kediaman dijilat api di Chile
Kebakaran dikatakan tercetus di kawasan bukit sebelum ia mula merebak dengan pantas, menyambar rumah-rumah mereka, memaksa penduduk melarikan diri.