awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Thaipusam secara besar-besaran tidak dibenarkan - Ismail Sabri

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
26/01/2021
10:16 MYT
Sambutan Thaipusam secara besar-besaran tidak dibenarkan - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, kerajaan membenarkan pergerakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan memutuskan tidak membenarkan sambutan perayaan Thaipusam secara besar-besaran di kuil di seluruh negara.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun hanya lima orang ahli jawatankuasa (AJK) atau petugas kuil dibenarkan hadir ke kuil untuk menjalankan upacara keagamaan.
"Bagi penganut agama Hindu adalah digalakkan untuk melakukan upacara di rumah masing-masing kerana sambutan di kuil tidak dibenarkan.
"Aktiviti ziarah juga dihadkan kepada seisi keluarga yang tinggal di rumah sama," katanya dalam sidang media di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan membenarkan pergerakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan berkenaan.
"Pergerakan pedati membawa arca Dewa Murugan dari Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam, Jalan Tun HS Lee Ke Kuil Sri Subramaniam Swamy Batu Caves dibenarkan bermula pukul 3 pagi (27 Januari 2021) dan akan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar pada 29 Jan pada waktu sama.
"Hanya 10 orang dibenarkan untuk bersama-sama dengan pedati dan mereka perlu berada dalam kenderaan termasuk pemandu manakala pedati perlu ditarik oleh kereta dengan kawalan ketat pihak polis.
Thaipusam | Perarakan Pedati ke Batu Caves dibenarkan dengan syarat - Annuar
"Pergerakan itu tidak dibenarkan untuk berhenti dimana-mana lokasi dan orang ramai juga tidak dibenarkan untuk berada di pinggir jalan bagi melihat pergerakan tersebut," katanya.
BACA: Thaipusam tahun ini disambut tanpa 'kavadi', bunyi 'urumee melam'
Topic Berkaitan
#Thaipusam
#ismail sabri yaakob
#Batu Caves
#PKP
#keluarga
#perarakan
#pedati
#PKPB
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan