KUALA LUMPUR:Sambutan Thaipusam di Malaysia yang selalunya meriah, kali ini terkesan oleh pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak, yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak itu.
Buat pertama kali, tidak akan kelihatan kebanjiran pengikut setia Dewa Murugan pada sambutan Khamis ini, khasnya di tiga lokasi utama iaitu di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor; Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani di Pulau Pinang dan Kuil Arul Subramaniar Gunung Cheruh, Ipoh, Perak.
Juga, tidak akan ada 'kavadi' yang diiringi alunan muzik tradisional 'urumee melam' selain ribuan penganut berpakaian warna kuning menjunjung pasu mengandungi susu 'paal kudam' dan perarakan pedati membawa arca Dewa Murugan, seperti kelaziman.
Thaipusam merupakan perayaan yang disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan 'Thai', iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil bagi memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya Dewi Parvati bagi menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman, dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.
Bercakap kepada Bernama, Presiden Malaysia Hindu Sangam Datuk R.S Mohan Shan yang bersetuju dengan tindakan kerajaan, berkata penganut Hindu perlu menerima keadaan semasa dan turut membantu dalam usaha membendung penularan wabak itu dengan menyambutnya secara sederhana di rumah masing-masing.
Perayaan Thaipusam tahun ini bukan tidak boleh dirai, cuma pergerakan ke kuil untuk menyambutnya dan menunaikan nazar sahaja yang tidak dibenarkan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves Tan Sri R. Nadarajah yang juga akur dengan arahan kerajaan supaya tiada sambutan secara besar-besaran, berkata penganut Hindu boleh menunaikan nazar mereka selepas berakhirnya pandemik COVID-19 atau pada tahun depan.
Beliau menjelaskan penganut boleh bersembahyang di rumah pada hari sambutan sebelum membawa 'kavadi' dan 'paal kudam' untuk menunaikan nazar mereka kepada Dewa Murugan di Batu Caves selepas berakhirnya PKP ataupun pandemik.
Kuil Batu Caves yang terkenal dengan patung Dewa Murugan terbesar di dunia setinggi 42.7 meter itu juga akan menyiarkan secara langsung upacara menaikkan bendera 'Seval Kodi' pada 27 Jan dan upacara khas sembahyang enam waktu (aaru kaalam poojai) pada 28 Jan menerusi media sosial.
"Penganut Hindu boleh menyaksikan kesemua upacara itu melalui halaman 'We Love Batu Caves' di Facebook dan YouTube", katanya.
Selain menunaikan nazar dengan menjunjung 'paal kudam' yang dianggap paling suci dan 'kavadi' dengan menaiki 272 anak tangga Batu Caves menuju ke kuil di dalam gua itu, Thaipusam juga terkenal dengan perarakan Pedati Perak di ibu negara yang diiringi puluhan ribu orang.
Buat julung kalinya, perarakan Pedati Perak Batu Caves setinggi 7.3 meter itu akan bergerak dengan 10 peserta sahaja tanpa melibatkan orang awam, selain tidak akan berhenti di mana-mana lokasi seperti kebiasaan.
BACA: Thaipusam: Pedati tidak boleh berhenti, pengikut tidak lebih 10 orang, tiada muzik
Mereka terdiri daripada pemandu, penjaga wayar kabel, penjaga lampu pedati, sami kuil dan lima ahli jawatankuasa kuil akan menyertai perarakan Pedati Perak yang membawa arca Dewa Murugan dan dua isterinya, iaitu Dewi Valli dan Dewi Theivanai, akan bergerak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S Lee ke Batu Caves.
Kebenaran membawa arca itu diberikan oleh kerajaan sebagai menghormati penganut Hindu yang meraikan sambutan itu.
Sementara itu, semua acara bersempena sambutan Thaipusam di Pulau Pinang termasuk perarakan pedati perak yang berusia lebih 100 tahun dan pedati emas yang baharu turut dibatalkan.
VIDEO: Tiada perarakan Thaipusam di Pulau Pinang tahun ini
Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang Prof Dr P. Ramasamy berkata dua kuil utama iaitu Kuil Nattukottai Chettiar dan Hilltop Arulmigu Balathandayuthapani juga membatalkan semua sambutan di kuil berkenaan.
Bagaimanapun, upacara sembahyang pada hari perayaan Thaipusam akan dilakukan oleh ahli jawatankuasa di dua kuil berkenaan dengan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Turut senada Ahli Jawatankuasa Kuil Sri Visvanather Sri Visalatchi Alayam di Bayan Baru, K. Arujunan yang meminta penganut Hindu bersembahyang di rumah dan mengamalkan pemakanan vegetarian pada hari berkenaan.
"Kita anggap kuil dengan rumah adalah sama. Sebab di rumah kita pun ada tempat, bilik sembahyang. Jadi kita akan tunaikan (ibadat) di rumah sahajalah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021
Thaipusam merupakan perayaan yang disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan 'Thai', iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil. - Foto fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.