awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sami warga asing ditahan disyaki rogol wanita tempatan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/09/2023
08:20 MYT
Sami warga asing ditahan disyaki rogol wanita tempatan
Suspek direman tujuh hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
SERDANG: Seorang sami warga asing ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, Ogos lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Izuddin Ab Wahab berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40-an telah ditangkap di Puchong Jaya Selangor di sini, pada 23 September lalu.
"Suspek direman tujuh hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Setakat ini, hanya seorang wanita berusia 30-an yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual suspek telah membuat laporan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini, media melaporkan polis memburu suspek kes tersebut.
Mangsa telah dirakam keterangan dan polis juga sedang mengesan saksi-saksi terlibat untuk membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sami rogol
#kes rogol
#Puchong
#Izuddin Ab Wahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan