KUALA LUMPUR: Pengerusi Sime Darby Berhad, Tan Sri Samsudin Osman dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kesembilan, bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.
UIAM dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini memaklumkan, pelantikan Samsudin bagi menggantikan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang tamat tempoh sebagai Presiden UIAM kelapan itu, telah mendapat perkenan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selaku Ketua Perlembagaan UIAM.
Samsudin, 75, pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Negara dari 2001 hingga 2006 dan Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selama 13 tahun, sehingga persaraannya pada awal 2020.
Sementara itu, Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dalam kenyataan itu dipetik sebagai berkata, pelantikan Samsudin diharap dapat memantapkan lagi pembangunan universiti, yang akan menyambut ulang tahunnya ke-40 tahun hadapan.
"Berbekalkan pengalaman sektor awam dan korporat, Samsudin akan dapat membawa UIAM ke tahap lebih tinggi, yang mana boleh dijadikan panduan warga UIAM menempa lebih banyak kejayaan serta memacu UIAM menjadi universiti lebih disegani di peringkat antarabangsa.
"Menjunjung Kasih juga kami warga Universiti zahirkan kepada Tunku Ketua Perlembagaan UIAM atas perkenan lantikan tersebut," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, UIAM turut menyampaikan setinggi penghargaan terima kasih kepada Mohd Daud, atas sumbangan serta jasanya sepanjang menerajui universiti sebagai Presiden sebelum ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022
Tan Sri Samsudin Osman dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kesembilan, bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Samsudin Osman dilantik Presiden UIAM ke-9
Tan Sri Samsudin Osman dilantik sebagai Presiden UIAM bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
KWSP gesa suri rumah, pekerja tidak formal jadi ahli
Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata 62 peratus daripada 22 juta rakyat Malaysia dalam kumpulan umur bekerja, bekerja sendiri dan tidak dilindungi sebarang perlindungan sosial secara formal.
370 terima pingat sempena Hari Wilayah
22 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.
INTEGRITI.TV bakal jadi pembekal kandungan mesej integriti
Studio INTEGRITI.TV telah dirasmikan oleh Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi Pengasas Institut Integriti Malaysia yang juga merupakan Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Menara INTEGRITI.
KWSP isytihar dividen 6.35% untuk 2013
Ia merupakan bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.2 bilion kepada ahlinya, meningkat 13.66% daripada RM27.45 bilion pada 2012.