awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google

Amanz
Amanz
23/01/2025
09:00 MYT
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Samsung sedang membangunkan cermin mata pintar dengan kerjasama Google, menggunakan sistem operasi Android XR. -Amanz
KETIKA acara Unpacked untuk siri Galaxy S25 pagi tadi, Samsung memberikan petunjuk mereka sedang membangunkan sepasang cermin mata pintar dan peranti skrin trilipat.

Ringkasan AI
  • Samsung sedang membangunkan cermin mata pintar dengan kerjasama Google, menggunakan sistem operasi Android XR.
  • Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
  • Samsung belum pernah menawarkan cermin mata pintar seperti Oppo dan Huawei, tetapi dengan kerjasama Google, mereka mungkin akan memperkenalkan generasi baharu Google Glass.

Bloomberg pagi ini melaporkan Presiden MX di Samsung TM Roh mengesahkan Samsung sedang membangunkan sepasang cermin mata pintar dengan kerjasama Google.
Maklumat yang diberikan hanyalah sekelumit dengan Roh tidak menyatakan bilakah ia akan dipasarkan kepada umum.
Yang disahkan ialah ia akan menggunakan sistem operasi Android XR. Ini ialah sistem operasi yang digunakan juga pada set kepala XR Project Moohan yang diumumkan sebelum ini.
Selepas melihat apa yang dilakukan oleh Meta dan Ray-Ban, ramalan kami ialah cermin mata Galaxy akan dilengkapi kamera yang membolehkan ia memahami apa yang sedang dipandang dibantu oleh kemampuan pemahaman multimodal kecerdasan buatan (AI) Google Project Astra.
Samsung tidak pernah menawarkan cermin mata pintar seperti pesaing mereka Oppo dan Huawei. Tetapi dengan kepakaran Google, kita mungkin akhirnya akan dapat melihat sepasang Google Glass generasi baharu. -Amanz
Topic Berkaitan
#Samsung
#Google Project Astra
#Android XR
#cermin mata pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan