awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samun warga India di Nilai: Polis berkas lima lelaki

Bernama
Bernama
14/12/2023
09:37 MYT
Samun warga India di Nilai: Polis berkas lima lelaki
Polis telah menahan kesemua suspek ditahan semalam pada kira-kira 2 pagi hingga 6 petang di beberapa lokasi di Sepang dan Petaling Jaya, Selangor serta Nilai. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis telah menahan lima lelaki warga asing berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden samun bersenjata di sebuah rumah di Nilai di sini dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki warga India yang mendakwa disamun oleh empat lelaki bersenjatakan parang pada kira-kira 12 tengah malam 12 Dis lepas.
"Semasa pengadu berada di rumah itu, tiba-tiba empat lelaki bersenjatakan sebilah parang memasuki kediaman itu dan memaksa pengadu menyerahkan barangan peribadi, suspek mengambil telefon bimbit dan beberapa barangan lain dan jumlah kerugian dianggarkan RM10,600," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah menahan kesemua suspek ditahan semalam pada kira-kira 2 pagi hingga 6 petang di beberapa lokasi di Sepang dan Petaling Jaya, Selangor serta Nilai.
"Empat suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 19 Dis ini manakala seorang lagi direman selama empat hari mulai hari ini hingga 17 Dis," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#Kanun Keseksaan
#Telefon bimbit
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan