KUALA LUMPUR: Mendiang Tun S. Samy Vellu sering dikaitkan dengan sumbangannya kepada infrastruktur Malaysia, namun bekas Presiden MIC itu juga telah bekerja keras dalam memastikan kejayaan pendidikan komuniti India.
Dalam usaha menggalakkan setiap keluarga India untuk mempunyai sekurang-kurangnya seorang lulusan universiti, beliau menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dan membangunkan Kolej Tafe di Seremban serta Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia atau Universiti AIMST di Bedong, Kedah.
MIED hingga kini telah menawarkan biasiswa dan pinjaman kepada lebih 15,000 orang pelajar, kebanyakannya kaum India, untuk meneruskan pengajian dalam ijazah perubatan, kejuruteraan, ekonomi dan teknologi maklumat.
Memetik buku "Samy Vellu, as we know him" beliau secara peribadi telah membayar yuran perancangan, caj yang dikenakan pihak berkuasa tempatan untuk jalan akses dan perbelanjaan untuk ujian tanah, lanskap dan asas Kolej Tafe.
Samy Vellu yang merupakan Presiden MIC mulai 1981 hingga 2010, juga telah mendapatkan pinjaman RM2.089 juta daripada United Asian Bank atas namanya untuk pembinaan kolej itu, menurut buku tersebut.
Beliau juga sentiasa berusaha untuk mengekalkan dan menambah baik sekolah-sekolah Tamil di negara ini.
Sifat kesungguhannya dalam memastikan inisiatifnya mencapai matlamat, telah pun ditunjukkan pada 17 Sept, 1963, iaitu ketika kemuncak Konfrontasi Indonesia-Malaysia, apabila beliau memanjat tiang bendera dan membawa turun bendera Indonesia di kedutaan negara itu di Jalan Ampang di sini.
Menurut buku itu, Samy Vellu telah diangkat sebagai wira Malaysia selepas kejadian tersebut yang menjadi tajuk muka depan beberapa surat khabar tempatan keesokan harinya.
Pada usia 23 tahun beliau menyertai MIC Cawangan Batu Caves dan kerjaya politiknya terus berkembang sehingga beliau menjadi presiden parti dan berkhidmat selama 31 tahun.
Dari segi pencapaian sebagai presiden parti paling lama berkhidmat, beliau mengatasi pemimpin Barisan Nasional seangkatannya, termasuk mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik yang menerajui Gerakan untuk 27 tahun (1980-2007), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai UMNO selama 22 tahun (1981-2003) dan Tun Dr Ling Liong Sik yang memimpin MCA selama 16 tahun (1987-2003).
Samy Vellu turut menubuhkan Maika Holdings dan Persatuan Koperasi Perumahan Pekerja, Yayasan Strategik Sosial (YSS) dan Yayasan Rehabilitasi Sosial.
Beliau juga berjuang dalam membawa sami-sami berkelayakan bagi mengisi kekurangan sami di kuil Hindu.
Beliau telah bekerjasama erat dengan Hindu Sangam Malaysia pada era 90-an untuk mendapatkan permit daripada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bagi pembinaan atau pengubahsuaian kuil.
Beliau juga merupakan antara pemimpin paling lama berkhidmat dalam Kabinet iaitu selama tiga dekad bermula 1979, terutama sebagai Menteri Kerja Raya.
Samy Vellu yang dilahirkan pada 8 Mac, 1936, meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam di kediamannya pada usia 86 tahun.
Beliau meninggalkan isteri Toh Puan R. Indrani, anak lelaki Datuk Seri S. Vell Paari, anak perempuan S. Mangayerkarasi, menantu Datin Seri Shaila Nair, empat orang cucu dan seorang cicit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Samy Vellu merupakan antara pemimpin paling lama berkhidmat dalam Kabinet iaitu selama tiga dekad bermula 1979, terutama sebagai Menteri Kerja Raya. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
'Tun Samy Vellu mentor saya sejak di bangku sekolah' - Saravanan
Figura bernama Tun S Samy Vellu tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pemimpin lain kerana sumbangan mendiang yang amat besar kepada masyarakat dan negara.
Wanita dakwa isteri Samy Vellu gagal kali kedua untuk jadi pencelah
Hakim Mahkamah Tinggi Wong Chee Lin menolak permohonan kedua wanita itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Samy Vellu sedang terima rawatan di IJN
Samy Vellu, 82, akan diletakkan di bawah pengawasan doktor selama beberapa hari sehingga keadaan kesihatanya kembali pulih.
Tun Mahathir mampu pimpin Malaysia ke arah masa depan lebih cemerlang - Samy Vellu
Samy Vellu pernah berkhidmat sebagai menteri di bawah kepimpinan terdahulu Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003.
Palanivel dianggap bukan lagi ahli MIC - Subramaniam
Mesyuarat khas MIC hari ini meluluskan resolusi bahawa presiden parti Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi ahli parti itu.
PRK: 'Kritikan Tun M macam ceramah percuma untuk Pakatan Rakyat' - Soi Lek
Kritikan Dr Mahathir kepada Najib akhir-akhir ini diibarat ceramah percuma untuk menarik pengundi menyokong calon Pakatan Rakyat pada PRK Permatang Pauh dan Rompin.
Samy Vellu enggan komen pemilihan jawatan tertinggi MIC
Bekas presiden paling lama MIC itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada anggota dan pemimpin parti untuk membuat keputusan.
Samy Vellu: Tiada siapa boleh kata bila saya patut bersara
Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata tiada siapa yang mempunyai hak untuk memberitahu bila beliau sepatutnya bersara.
Jangan babitkan saya dalam perebutan jawatan MIC, kata Samy Vellu
Datuk Seri S. Samy Vellu mengingatkan mereka yang mahu bertanding pada pemilihan parti agar tidak membabitkan beliau dalam perebutan itu.