awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Samy Vellu meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2022
00:54 MYT
Tun Samy Vellu meninggal dunia
Samy Vellu difahamkan meninggal dunia ketika dalam tidur.
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Jalan Ipoh, di sini, kira-kira jam 8 pagi ini.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden MIC Datuk T Mohan ketika dihubungi Astro AWANI pagi tadi.
Difahamkan, beliau meninggal dunia ketika dalam tidur.
Berita itu turut dikongsi Datuk Seri Dr S Subramaniam, bekas menteri kesihatan yang juga pernah menjadi Presiden MIC, menerusi akaun peribadi Facebook miliknya pada Khamis.
Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, yang juga Presiden MCA, turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang di atas pemergian ahli politik veteran itu.
Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di rumahnya di Jalan Ipoh bermula jam 2 petang ini.
Menurut bekas setiausaha akhbar mendiang, Datuk E Sivabalan, upacara pembakaran mayat akan berlangsung pada jam 4 petang Jumaat di Jalan Kuari, Cheras.
Topic Berkaitan
#samy vellu
#meninggal dunia
#Presiden MIC
#Dr S Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan