awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Santuni asnaf, jangan sampai ada yang tercicir - YADIM

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
28/10/2020
01:23 MYT
Santuni asnaf, jangan sampai ada yang tercicir - YADIM
Samin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penjaga sebuah rumah ibadat bukan Islam di Kota Kinabalu, 27 Okt, 2020. Astro AWANI.
KOTA KINABALU:Pihak berwajib dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam disaran menyantuni golongan asnaf dengan lebih kerap.
Ia bagi mengelakkan masalah keciciran dalam proses penyaluran bantuan kepada golongan tersebut, terutama mereka yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.
Menurut Pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Sabah Samin Ongki, pihaknya menerima aduan dari individu yang mendakwa tercicir dari senarai penerima.
"Di Sabah, Pusat Zakat Sabah ada memberikan bantuan bulanan kepada mereka yang betul-betul terkesan dengan COVID-19 ini.
"Bagaimanapun, sudah tentu bantuan tersebut tidak dapat diterima oleh semua orang dan ia tidak mencukupi.
"Maka, di sinilah peranan kita agensi agama persekutuan dan negeri, di samping NGO Islam, supaya tampil memanfaatkan senarai asnaf yang ada di pejabat agama ataupun di masjid-masjid untuk kita santuni mereka.
"Sebabnya, kita bimbang ada kumpulan yang tercicir dan ada pula yang langsung tidak menerima sumbangan," katanya yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan makanan kepada penjaga rumah-rumah ibadat bukan Islam di sini pada Selasa.
Samin berkata, maklumat perlu diselaraskan di peringkat Pejabat Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JAHEINS) dan senarai nama asnaf ditawarkan kepada pihak berkaitan, termasuk NGO Islam, untuk menyampaikan sumbangan.
Menyentuh penyaluran bantuan kepada golongan bukan Islam, beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada aktiviti yayasan tersebut yang tidak hanya memfokuskan kepada orang Islam semata-mata.
"Pagi ini kita menyantuni golongan yang dipertanggungjawbkan untuk menjaga rumah-rumah ibadat bukan Islam kerana YADIM menyedari kumpulan ini adalah golongan yang berpendapatan rendah dan hidup di bandar raya.
"Sudah tentu mereka terkesan dengan COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Apabila kita ingin melakukan kebajikan, kita tidak memilih agama. Ajaran Islam mengajar kita berbuat baik dengan semua orang dan itu yang YADIM lakukan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#tercicir
#asnaf
#NGO
#Samin Ongki
#YADIM
#Sabah
#bantuan
#Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
#JAHEINS
#bukan Islam
#COVID-19
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan