awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanusi sudah fail penyataan pembelaan saman Anwar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/01/2023
08:34 MYT
Sanusi sudah fail penyataan pembelaan saman Anwar
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kanan) memaklumkan, beliau sudah memfailkan penyataan pembelaan di Mahkamah Tinggi Alor Setar dalam kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.
JITRA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, beliau sudah memfailkan penyataan pembelaan di Mahkamah Tinggi Alor Setar dalam kes saman fitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.
Menurut beliau, pembelaan terhadap kes saman ekoran ucapannya yang didakwa berbaur fitnah itu dilakukan sebaik sahaja menerima perintah mahkamah.
“Semalam (perintah mahkamah) dipanggil naratif untuk mengekalkan momentum dia, bila dia saman lepas itu dia suruh orang jawab. Jadi dia nak kekalnya momentum dia.
“Sebenarnya bukan macam itu. Bila dia fail mahkamah sudah maklum, kita terus jawab,” kata Muhammad Sanusi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perbandaran Mampu Milik Darulaman Saujana Dan Pelan Induk Bandar Darulaman 3.0, di sini, pada Khamis.
Bagaimanapun, Muhammad Sanusi apabila ditanya wartawan enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan kes tersebut, sebaliknya, menyerahkan kepada mahkamah.
“Saya malas nak ulas nanti orang kata saya mulut celupar,” jelas Muhammad Sanusi.
Disember lalu, Anwar memfailkan saman terhadap Muhammad Sanusi berhubung kenyataan yang dibuatnya pada ceramah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Tambun, Perak pada 13 November.
Semalam, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarah Menteri Besar itu memfailkan penyataan pembelaan dalam kes saman itu selewat-lewatnya 13 Februari ini.
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Anwar Ibrahim
#Anwar saman Sanusi
#kes saman fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan